Tuesday 17 December 2013

OPS!! Nasi atau Roti??

Assalamualaikum dan selamat pagi. Jam menunjukkan pukul 1:09 pagi..

Malam ni cik rai nak kongsi cerita tentang pelanggan di tempat cik rai keje. Perempuan dan bentuk badan memang x dapat dipisahkan. Semua nak bentuk badan yang menarik. Tadi ade pelanggan cik rai ni, die nak produk untuk "losing weight". Sebagai 'nutritionist' di outlet tu, cik rai x la terus bagi produk, cik rai tanya macam-macam soalan utk tahu situasi pelanggan yang sebenar.

Selepas lebih kurang 5 minit cik rai tanya-tanya pelanggan ni, ternyata "Ms.A" ni dah salah faham dengan diet.  Masa ni la cik rai nak aplikasi ilmu-ilmu dietetik ^__^.. Pelanggan ni beri tahu yang die mmg xmakan nasi but ambik roti. Cik rai pon tanya la berapa banyak roti dier ambik, dan dier beritahu dalam 5-6 keping sekali.


Fuh!!, dan die juga xmakan sarapan dan tgh hari. Dalam hati cik rai, sampai bila boleh bertahan kan?


So cik rai pon betulkan salah faham die berkenaan "diet". Sebenarnya pengambilan nasi tidak pernah salah walaupun ramai yang takut nak ambik nasi^^..

Sebenarnya, kalori yang terkandung dalam satu keping roti, sama dengan kalori satu senduk nasi yang tidak membumbung. Lagi sedap makan nasi kan?? **saya orang melayu**



                                   satu keping roti


ni gambar senduk nasi je. hehe, bayangkan ambik nasi, tapi bukan membumbung tapi rata.


Kalori lebih kurang 75 kalori untuk satu senduk nasi yang x membumbung dan satu keping roti. Lepas tu, cik rai betulkan juga pemikiran pelanggan ni berkenaan sarapan pagi. Sarapan pagi sangat 1000000000XXXX penting kerana bertindak sebagai pelincir untuk hari tersebut. Untuk makan tengahari cik rai cadangkan pelanggan tersebut untuk makan secara seimbang.






Bahagikan pinggan kepada 4 bahagian; 1/4 untuk nasi, 1/4 untuk sumber protein seperti ikan/ayam/sotong dan 2/4 untuk sayur. Apa fungsi sayur ni?? hehe itu mungkin akan cik rai kongsi pada post akan datang. ^^


Dengan cara makan seperti ini, kita dapat mengawal kalori yang kita ambil dan amalkan makan secara sihat.

Selamat mencuba ^__^

Regards,
Raihanah Rozaimi
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara
Dietitian Malaysia^^

Friday 22 November 2013

Sahabat..

Assalamualaikum..

Semenjak blog ni dah siap hampir 80% seperti yang saya inginkan, rajin pulak rasanya nak menulis. Kawan biar berjuta-juta.. Yerp! i got a lotss of friend..

Tapi dalam ramai-ramai kawan, mestilah akan ada yang kenal kita sepenuhnya bukan.. xsepenuhnya pun, maybe dalm 75% kenal kita siapa.

I got this one good friend. Tapi, lepas habis belajar, we are like strangers.. X tahu mana silapnya. Mungkin masing-masing ada kepentingan hidup masing-masing. Dan saya sedar kawan sy ini bakal menamatkan zaman bujangnya x lama lagi. Feel happy for him. 


Tapi saya sangat terkejut dengan tindakan beliau. Pagi ini, tiba-tiba rasa nak tahu apa perkembangan beliau, lalu saya lawati salah satu sosial media beliau. Melihat gambar-gambar dahulu. Saya terkejut, gambar sy dengan ucapan selamat hari jadi telah dipadam dari acc itu. Saya xtahu dimana silap saya dan saya malas nak bertanya. Sebab, masing-masing dah besar. Dia tahu saya sangat "open" untuk sebarang ketidakpuasan hati. Lagipun hampir 3 bulan xpernah berhubung dan tidak elok rasanya berhubung lagi. Saya hormat keputusan beliau.



Namun untuk memadamkan erti sebuah persahabatan, itu bukan saya. Bila saya katakan anda sahabat, maka hingga akhirat anda sahabat saya. I dont really know what happen, tapi sedikit terasa anda buang persahabatan kita hampir 4 tahun ini seakan sesuatu yang tidak pernah berharga. Belajar untuk menguasai hidup anda sendiri. Too many thing to say but word cant describe those feeling. As you wish, saya xkan hadir lagi dr hidup anda. Terima kasih atas semua. ^__^..

Thursday 21 November 2013

Sentence To Death..

Assalamualaikum...

Orang selalu senang mengungkapkan "ajal dan maut, Allah dah tentukan". Sebagai seorang Islam, kita percaya mati itu pasti. Tapi pernah x terfikir macammana cara kematian kita yang Allah tentukan?? Ambik masa fikir sejenak. Satu lagi, pernah x terfikir, dlm hidup kita yang serba selesa ni, dikelilingi orang yang kita sayang, tiba-tiba Allah tarik orang itu untuk kembali kesisi- Nya?. Seram kan bila fikir. Takut pun ada. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran.

1) Macammana cara Allah tetapkan aku mati? = Selalu panjatkan doa pada Allah untuk pergi dalam keadaan yang baik, bukanlah accident remuk, menjadi  mangsa kekejaman atau pelbagai lagi. Nauzubillah. Mohon dijauhkan dari semua perkara buruk. Moga kita pergi disamping orang-orang yang kita sayang dengan keadaan yang penuh tenang.

Kadang-kadang hati ni rasa insaf sangat, bila lihat kematian. Baru-baru ini, kita digemparkan dengan pemergian Ammar. Beliau seorang pejuang di jalan Allah. Setiap kali terlihat gambar Ammar ni, hati saya jadi sebak walhal saya tidak pernah mengenali beliau semasa hayatnya. Saya sangat kagum dengan jihadnya. 



Banyak kali saya lontarkan soalan pada diri sendiri, insan semuda 20 tahun ini terlalu banyak berjuang untuk agama nya. Namun selama 23 tahun hidup ini, apalah sangat bakti diri ini pada agama. Kita sering katakan yangkita sayangkan agama kita, namun bagaimana cara kita buktikan. Moga setiap amalan kita, perkara pertama yang kita letak ialah Allah.

Kadang-kadang bila berkata memang senang. Bila menasihati nampak diri seolah-olah berilmu, nampak kuat. Namun sejauh mana nasihat dan kata-kata yang kita sampaikan pada orang lain, kita teladani dalam hidup kita seharian?. Memang susah untuk berubah. Tapi bangunlah dari tidur dan katakan pada diri, semoga diri ini lebih baik dari semalam. Dan jangan hanya berkata-kata, tapi usahalah.

Bila teringat Ammar ni, terasa "adik" ni dimuliakan di bumi asing, senegara islam. Ya Allah, terketuk hati ini, andai hilangnya Nur Raihanah ini dari muka bumi, adakah amalan-amalannya yang menjadi panduan dan contoh pada orang lain? Risau, amalan yang secetek ini untuk dibentangkan pada pencipta. Kadang hati kita insaf seketika dan mula melakukan perkara yang dilarangnya selepas hilang rasa insaf. Maka marilah sama-sama berdoa agar hati-hati kita ditetapkan agar menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ke hari.


Mungkin malam semalam, digemparkan dengan pemergian Ammar, namun hari ini satu lagi berita pemergian hamba Allah. Saya juga tidak mengenali arwah tapi pemergiannya buat saya terasa dicarik-carik hati ini. Perkenalan dengan anak arwah xsampai sebulan. Anak arwah sgt baik. Lemah lembut orangnya. saya dah anggap dirinya sebagai adik. Kami hanya kenalan ditempat kerja. Anak arwah kerja "part-time" di cold storage berhadapan dengan tempat kerja saya. Hari ini sepatutnya saya berjanji untuk "spent-time" sedikit masa dengan anak arwah, kerana hari ini sepatutnya hari terakhir dia bekerja sebelum menyambung pengajian akaun di UITM. Allah lebih menyayangi ayahnya. Terfikir saya, berjauhan dengan keluarga, hanya doa yang mampu dipanjatkan semoga Allah jaga kedua orang permata yang paling bernilai dalam hidup. Kadang-kadang hati ni ego nak katakan, namun semua tahu keluargalah "prirority" dalam kehidupan.

Ya Allah, kau jagalah ibu bapaku dari segala bala bencana dan kesakitan. Lindungilah adik beradik ku semoga mereka sentiasa di jalan yang benar.

Mari kita sama-sama refleksi diri kita balik. Perbetulkan mana yang silap. InsyaAllah Allah sentiasa bagi petunjuk

Luah Hati,
Raihanah Rozaimi,
Dietitian To be" dan  berusaha utk jadi pejuang Islam


Saturday 12 October 2013

Dunia Seni dan Orang Pelik??

Salam subuh pagi 13/10/2013.. macam biase lah, hati menjerit-jerit nak menulis tp ditunda berhari-hari..berminggu-minggu.. berbulan-bulan... Tapi kali ni sangat terpanggil untuk menulis sesuatu. Menulis untuk mengingatkan diri sendiri supaya berpijak ke bumi yang nyata. Dunia sekarang memang macam-macam media sosial kan.. so usually, masing-masing "confirm" ade facebook, instagram, twitter dan macam-macam lagi. 

Back to heading asal.. dunia seni dan bakat ni memang sangat seronok untuk ditonton. Saya merupakan peminat tegar drama-drama melayu, filem-filem melayu selain dari drama-drama korea. Hehe..^_^.. So mostly peminat akan "follow" artis dari media sosial seperti ini kan!!.. Tapi biar lah "follow" berpada-pada, kita bukan kat korea, setiap pergerakan, gerak geri mereka semua nak di"update". Banyak lagi kerja yang diri sendiri tu harus lakukan..

Terkilan sebenarnya, cukup terkilan... sebab baru-baru ini pernah ber"twit" dengan seorang yang sangat dikenali di Malaysia dan sangat dihormati kebanyakan orang. Saya juga menghormati beliau sebagai salah seorang idola dalam dunia seni dan bakat. Tp bukan bidang lakonan atau nyanyian, sebab seni dan bakat ni pelbagai. Macam biase la, kadang-kadang sebagai peminat kita rasa teringin untuk "bersapa" dengan orang yang kita hormati kan.

Lalu pada suatu hari, maka "gatal" tangan twit dengan beliau, bertanyakan soal anak. Sebab saya menghormati dan mengagumi bakat beliau, bukan kehidupan peribadi beliau. Setahu saya, anak beliau memang sudah besar dan saya xtahu lebih dari itu. Out of sudden, dalam salah satu media sosial ni banyak gambar budak dan caption "anak".. Saya terus tanya, yang slalu post tu anak siapa?.. Mungkin saya je rasa beliau agak kurang senang dengan soalan tersebut hingga balas, "BAca la Caption. Kan dah letak anak"... Dengan nada maaf, sy ckp relax2, macam marah..terkejut saya.. dan "wish" take care. N suddenly die balas "Minda kena lebih laju dari mulut".

Terdiam. sangat-sangat terdiam. Lalu saya tanyakan pada hampir 10 org kenalan rapat dan famili. Salah ke soalan yang saya tanyakan? Agak kurang hajar ke soalan yang sy lontarkan? Sebab saye peminat yang hanya minat hasil kerja bukan cara hidup atau latar belakang orang tersebut. Dan kebanyakan mereka mengatakan tidak salah dan tiada unsur "kurang ajar" dalam soalan yang sy lontarkan. Dan slh seorg dr mereka nasihat sy, mungkin die rasa soalan itu sensitif, dah dia kata anak kecik die, means anak die, walaupun tahu yang die tak de anak kecil. Bila saya tanyakan soalan ini pada rakan-rakan yang berada dan MINAT dalam industri seni dan bakat ni, rupenye ramai yang tahu beliau ade "anak" ni. 

Mungkin saya x alert kehidupan beliau. Maaf. Itu saja boleh saya katakan.. Dan kata-kata beliau minda kena laju dari mulut, sy rasa agak kurang sopan. Terasa terkilan, kerana mmg dibesarkan dalam suasa yang berfikir dulu sebelum berkata-kata. Dan betul la kata seorang ustaz ni, kalau kita ni agungkan manusia, manusia khilaf.. dan kita kecewa.. Tapi xdela tahap agungkan. But i give my full respect.. but now, no more...

Terima kasih, kerana buat diri ini kembali muhasabah diri, mungkin saya silap.. mungkin saya banyak alpa dalam kehidupan, mungkin tali kebergantungan pada PENCIPTA sedikit longgar baru-baru ini. Terima kasih kerana ini, sy kembali berfikir banyak perkara. Kerana setiap yang menjatuhkan kita, sebenarnya ialah penggerak untuk kita ke arah lebih baik. Still and always POSITIVE..

ikhlas,
RaihanahRozaimi.

Saturday 27 July 2013

Membanting tulang baru seminggu (^_^)

Assalamualaikum readers ...

Macam yang cik rai janjikan pada post sebelum ni, cik rai nak share pengalamn cik rai kerja selama seminggu lebih kat GNC ni. Ingat x cik rai kata cik rai pergi "interview" dengan selamber???. Dalam "interview" tu, cik rai diajukan soalan; What is your biggest concern when you start working?. Cik rai kata la tempat. Sebab malas la kan nak keje jauh-jauh. Lagipun KL kan sesak.

Makanya, GNC ni pown bagi la cik rai keje kat Great Eastern Mall. 6-10 minit jer kalau bawa motor dari rumah. HAHAHA!.. Ok lah kan ^_^.

Waktu hari  pertama cik rai masuk keje, dan ramai pulak pelanggan yang datang, cik rai jadi kecut perut sebab xtahu nak cakap ape. Cik rai masuk keje jam 10 tapi 9.30 pagi cik rai dah tercongok depan GNC tu. Cik rai disapa oleh supervisor cik rai, Miss Vijaya. Dia suruh cik rai lap SEMUA produk dalam GNC tu. Mungkin cik rai ni jenis yang xkesah kot dan selalu positif dalam kerja (POYO!!) cik rai pun lap la produk-produk tu. Dalam hati cik rai xpela la lap2 produk ni, dalam masa yang sama dapat tahu produk ape n biasakan diri dengan produk.

Bila supervisor cik rai tanya awak ok x?, cik rai kata la ok (nak ke ckp x ok??, mau die buang keje tros! hahaha)...cik rai ckp la xpe, sy blh kenal2 produk. Supervisor cik rai diam. Bila cik rai dah lap habis semua produk, supervisor tu bagitau cik rai. First impression die kat cik rai sangat baik. First, cik rai datang awal, Second, cik rai xbersungut lap produk, sebab sebelum ni die bagi tau, ade trainee yang datang xnak lap sebab die kata saya ade ijazah kowt buat ape saya nak buat "housekeeping". HUHUHU..sengal kan minah tu..

Keje kat sini buat hanya kene tau pasal produk, dalam masa yang sama kena buat kerja2 yang melibatkan management. Sistem komputer, stock, customer service dan macam-macam lagi. Selalunya bila customer datang, cik rai macam nak menyorok kat belakang, koz mana ade ilmu kowt!.. tp cik rai buat-buat berani je, dgr macammana supervisor dan senior2 nutritionist lain handle customer. Bila telefon berbunyi pon cik rai rasa nak lari, sebab bila telefon berbunyi, kena cakap bahasa standard;

GNC GREAT EASTERN MALL,
RAIHANAH SPEAKING,
HOW MAY I HELP YOU??

padahal nak kene ckp macam tu jer.. tp tahan cuak cik rai sangat tinggi, sampai berdoa jgnla telefon tu berbunyi kalau cik rai ade kat area tu ==". Ade sorang senior nutritionist ni suke push cik rai layan customer.. mau tunggang tebalik cik rai cakap ngan customer tu.. sebab 

1)bukan xreti speaking, tp xreti nak explain ape.. cik rai sendiri pown xtau mende ape yang die minta.
2)cikrai mmg jenis xkonfiden kalau xde preparation.

Lepas tu cik rai pown dok pikiaq, sampai bila nak camni kan.. terasa bodoh sungguh, cik rai pown ambik la effort belajar few TOP product. Dalam masa yang sama, cik rai ade induksi dengan supervisor, maksudnya dia akan ade masa simple training dengan cik rai.

Bila dah habis induksi minggu pertama, cik rai beranikan diri tanya ape yang die nampak kat cik rai selama seminggu ni??.. Komen die, saya dengar english awak ni bagus compare dengan pekerja2 sebelum ni, tapi masalahnye awak xnak buka MULUT!.. hambek! kene sebijik

Dalam hati cik rai.. ini semua propa, bile masa plak ok? cik rai ckp tunggang langgang je.. ni mesti kes nak sedapkan hati dulu before nak kutuk.. well psychology kan... cik rai akui mmg susah nak buka mulut koz cik rai masih dalam fasa nak kenal product2 tu..

I did take effort belajar cepat pasal produk dan fungsi dan kesesuaian pada customer.. InsyaAllah still learning!

Itu jela kowt.. moral of the story:

1)First impression sangat penting dalam buat ape-ape pow kerja. Cik rai blaja dari kesilapan. Dulu waktu cik rai praktikal, first impression x berapa baik, tp at the end diorg sayang gak ^_^
2) Always positif dengan ape yang kita buat, sebab setiap sesuatu tu ade pembelajaran tersendiri dalam kehidupan
3) Be open minded bila terima teguran. Memang la sakit hati, tp setiap kali ditegur cuba amalkan prinsip; Masih ade orang yang sayang aq, sanggup tegur for improvement ^_^

Dietitian To Be,
Nur Raihanah Mohd Rozami,
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara.

Thursday 25 July 2013

Pengalaman mencari kerja (^_^)

Assalamualaikum semua..(^_^)

Sihat tak?.. cik rai harap semua sihat.. macammana dengan puasa? Hopefully semua masih bersemangat dan bertenaga dalam menjalankan ibadah yang dituntut ni.. Macam ustazah plak kan =='

Oklah, sebenarnya cik rai nak kongsi pengalaman cik rai bekerja. Tapi sebelum tu, baik cik rai cerita kronologi mencari kerja ni. Ceritanya bermula begini;

Pada suatu hari... eh! xdela.. poyo je,, sebenarnya cik rai sangat malas nak bekerja, tapi sebelum peperiksaan terakhir dan viva, kawan-kawan kelas cik rai semua dah buka langkah!!.. hantar resume kat hospital-hospital, pergi "interview" sana sini untuk kerja. Jadinya cik rai ade la sedikit cuak, sebabnya cik rai ni jenis yang selambe x hantar ape-apepon kat mana-mana tempat. Sebab "aim" cik rai sebenarnya kat benda lain, namun sampai sekarang Allah masih x izinkan.. tapi tu kisah lain .. abaikan..

Lepas VIVA, cik rai pon balik la KL, dan "settle" kan beberapa perkara dalam kehidupan. Keluar dengan kawan-kawan. Sebenarnya dalam hati cik rai memang dah "aim" kononnya nak kerja kat GNC sebagai nutritionist, sebab DIETITIAN kat Hospital Queen Elizabeth, dulu pon keje kat GNC dan cik rai agak "impress" dengan pengetahuan die tentang macam-macam jenis "supplement" dan cara dier "speaking".

Nak dijadikan dan dipendekkan cerita, waktu cik rai pergi lepak-lepak dengan kawan-kawan kat wangsa walk, cik rai nampak GNC dan terus "apply" kerja. Resume cik rai hantar melalui emel. Tup-tup esok pihak Human Resource(HR) GNC panggil interview. Makanya cik rai pon pergilah interview.

Dalam hati cik rai, xpe cuba nasib je. Cik rai pergi interview dengan sangat selamber, ala-ala macam borak dengan kawan lama dengan panel penemuduga.. Tips yang penting muka kena konfiden, speak like professional ^_^ (padahal cik rai bantai jer). Pihak HR kata awak tunggu lagi seminggu untuk dapat jawapan. Sekiranya kami xpanggil balik ertinya awak xdpt.

So, cik rai pown bajet la tunggu seminggu. TIBA-TIBA!!!!
selang 4 hari cik rai dapat kol cakap GNC nak lantik cik rai jadi NUTRITIONIST!.. mau tekejut la jugak kan.. rezeki bulan ramadhan mungkin...


 Secara rasminya, cik rai dah pon seminggu sehari kerja kat GNC ni. GNC ni bagi yang xtahu merupakan kedai menjual supplemen dan produk-produk makanan sukan untuk menambahkan tenaga dan bermacam-macam lagi. Mungkin bagi sesetengah orang yang pandang sebelah mata, mereka mungkin mengganggap kerja ni macam promoter. Cik rai x salahkan mereka, sebab dulu pon cik rai ingat macam tu. Tapi bila dah masuk dalam arena ni, cik rai tahu memang gelaran nutritionist tu sangat susah dipikul sebabnya, setiap customer ade kehendak nutrisi yang berbeza. Dan kalau xde basic ilmu pemakanan, memang susah untuk faham kehendak mereka.

Nak tahu ape yang menakutkan cik rai selama seminggu bekerja dan setakat ni ape pengalaman yang cik rai xdapat lupe??.. Post akan datang cik rai akan terangkan ok.. sabar-sabar. Tapi "moral of story" setakat kehidupan sekarang ni, cik rai nampak ade 3.

1) Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk diri kita, walaupun kita xsuka pada awalnya.
2) Jangan pernah berhenti berusaha jika anda inginkan sesuatu.
3) Kadang-kadang kita perlu membahagiakan orang-orang yang banyak membantu kita dengan kejayaan kita, walaupun kadang-kadang hati kita yang merana. Ewah!.. Alhamdulillah pensyarah-pensyarah, rakan-rakan terdekat dan paling penting ibu bapa sangat gembira dengan pekerjaan saya yang sementara ini. Melihat mereka bangga sudah cukup buat hati saya tersenyum (^_^)..

Dietitian To Be,
Nur Raihanah Mohd Rozami,
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara.


Sunday 14 July 2013

Hidup Jangan Bertangguh^__^...

Salam Ramadhan ke 6..
Eh! dah puasa hampir seminggu rupenyer kan!
Cepat sangat masa berlalu... dan memang hidup ni jangan biasakan bertangguh!
Selalu sangat cik rai ckp hidup jangan bertangguh.. koz kadang-kadang cik rai mmg ade masalah ni.. rasa nak cubit-cubit diri sendiri kadang-kadang. =='

Sebenarnya sekarang cik rai dalam fasa "transition" dari alam kemahasiswaan ke alam pekerjaan..
Kadang-kadang cik rai rasa umur cik rai baru 13.. tapi rupa-rupanya, cik rai dah besar, dah 23 TAHUN!!..
Hari-hari memang cik rai rasa nak "update" blog.. tp tu la.. cik rai kaki tangguh.. payah sangat nk menulis, walaupun xdela sibuk sangat kehidupan..
Dari nk "update" pasal birthday cik rai yang ke 23, sampai perjalanan merantau ke singapore, exam dan VIVA sebagai pelajar ijazah sarjana muda dietetik, artikel-artikel berkenaan perjuangan islam dan kemahasiswaan, dan banyak lagi..

Tapi semua terkubur dek kemalasan cik rai ni!
InsyaAllah.. moga lepas ni dikuatkn semangat untuk terus menulis untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman hidup dan ilmu-ilmu yang Allah pinjamkn sekejap ni.
Doakan cik rai yer ^___^

Dietitian To Be,
Nur Raihanah Mohd Rozami,
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara.


Thursday 4 July 2013

Corat Coret Program Anugerah Dekan 2013

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, tamat sudah pengajian selama 4 tahun di bumi Terengganu, di Kampus Kota, Universiti Sultan Zainal Abidin. Tempat yang banyak mengajar erti hidup, susah senang dan macam-macam lagi..
Buat rakan-rakan seangkatan perubatan “final year”.. teruskan berjuang.. kami dari warga dietetik minta diri dulu ^__^..

Sebenarnya saya terpanggil untuk menulis sesuatu berkenaan Program Anugerah Dekan yang baru sahaja dilaksanakan beberapa minggu sudah. Tahniah buat para penganjur yang berjaya melaksanakan program tersebut ^__^.  Yerp! Bukan mudah untuk melakukan sesuatu program dan memuaskan hati semua pihak.

Namun, terdapat beberapa penambahbaikan yang saya dan rakan-rakan lain rasa perlu dititikberatkan semasa program ini dijalankan. Seperti mana yang kita ketahui, program anugerah dekan ini merupakan program tahunan sebahagian fakulti di UniSZA. Sudah tentunya untuk meraikan mereka yang cemerlang di bidang akademik sepanjang semester. Namun, pada program kali ini nampak agak “longgar” dari segi sistem penyerahan sijil dekan itu sendiri. Sijil tidak mempunyai nama dan cop tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
Mungkin ia nampak satu perkara remeh bagi sesetengah pihak, namun bagi pelajar-pelajar tahun akhir yang terpaksa bersusah payah “poskan” sijil kembali untuk diuruskan.. ia satu kekangan dan menampakkan kelemahan dalam sistem pengurusan majlis. Sebelum majlis berlangsung, seharusnya perkara ini yang perlu dititikberatkan.

Selain itu, penglibatan dari pihak pensyarah tidaklah semeriah seperti tahun-tahun sudah. Anugerah- anugerah yang diberikan juga seakan berkurangan seperti tahun-tahun sudah. Jika dulu, terdapat beberapa orang pensyarah yang sanggup menyumbangkan lagu dan memberikan sedikit sebanyak pengalaman..., pada kali ini kurang dari aspek-aspek tersebut. Sebagai cadangan penambahbaikan, mungkin untuk program yang akan datang, boleh “approach” pensyarah-pensyarah yang berpotensi untuk menyumbang sesuatu kepada pelajar agar dipihak pensyarah juga terhibur di malam anugerah penghargaan seperti ini.

Bagi pelajar tahun akhir, program seperti ini merupakan program terakhir penglibatan kami secara besar-besaran. Namun, memori yang ditinggalkan tidaklah semanis seperti yang diinginkan. Selama tiga tahun berturut-turut Program Anugerah Dekan ini dilaksanakan oleh 3 zaman “pemerintahan” Persatuan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, ucapan tahniah dan selamat maju jaya setidak-tidaknya diberikan pada pelajar-pelajar tahun akhir, namun kali ini juga tidak. Tiada sepatah pun ucapan dari pihak organisasi membuatkan kami seperti begitu asing didalam fakulti sendiri.  Mungkin terlepas pandang, insyaAllah untuk tahun hadapan, jangan lupakan mereka yang telah lama berada difakulti.

Dari segi persembahan, tahniah diatas kelainan yang telah dilakukan untuk program kali ini. Meriah!, namun boleh dipelbagaikan dengan kepelbagaian etnik dan bangsa selaras dengan komuniti yang berada dalam fakulti itu sendiri. Boleh juga selitkan dan gabungkan dari beberapa kos dalam satu persembahan. Nampak lebih “unite”.

Tema dinner pada kali ini nampak menarik, iaitu “black n roses”. Tahniah juga atas tema yang dicadangkan. Namun etika pemakaian perlu ditetapkan agar tidak terlalu “terdedah” untuk saling menghormati antara satu sama lain. Mungkin boleh mengesyorkan beberapa etika pakaian sebelum majlis seperti ini dilaksanakan.

Tuntasnya, tahniah atas penganjuran tahunan Majlis Anugerah Dekan tahun 2013 pada seluruh “team” pengurusan anugerah dekan pada kali ini. Untuk penambahbaikan, perbincangan boleh diadakan dengan mantan-mantan atau mereka yang pernah terlibat dengan pengurusan majlis seperti ini. Dgn harapan, lebih banyak lagi program-program yang akan diadakan oleh PFPSK untuk menyatupadukan setiap kursus dibawah fakulti dari segenap aspek, akademik, sahsiah dan juga sukan.

Mohon ampun dan maaf jika mengguris perasaan mereka yang terlibat. Namun untuk penambahbaikan  dimasa akan datang teguran harus dilakukan untuk kebaikan bersama. Teruskan menghormati antara satu sama lain, kerana itulah budaya yang kita bawa dari dulu hingga kini.  

Sayang Kampus Kota Selalu, Sayang UniSZA

Monday 24 June 2013

Dasar Pendidikan Kebangsaan .

Assalamualaikum ^_^.. Hye!!

Lame kan xupdate blog! rindu kite ngan blog sendiri  ^_______^

Ok, let make it a bit serious.. baru-baru ni kena hantar satu permohonan untuk satu program.. n kena tulis esei.. berkenaan salah satu dasar kerajaan.. disebabkan perkataan limited.. inilah hasilnya.

Dasar merupakan kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak. Dasar dirangka untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti, mengurangkan kos pengurusan, meletakkan  asas pentadbiran negara mahupun organisasi dan banyak lagi. Pada pengamatan saya, dasar kerajaan yang paling penting ialah dasar pendidikan kebangsaan.
            Sejarah sistem pendidikan di Malaysia terbahagi kepada tiga era iaitu; sebelum kedatangan British, sewaktu pemerintahan British dan selepas pemerintahan British. Sebelum kedatangan British, pendidikan agama ditekankan. Sekolah agama awal seperti sekolah pondok di Terengganu dan Kelantan pada abad ke-18 dan Kedah, Perak serta Pulau Pinang pada penghujung abad ke-19. Selain itu, terdapat pendidikan tidak formal melalui orang yang lebih tua berkenaan kemahiran asas kehidupan serta pendidikan istana yang dipelajari oleh sultan dan para kerabat diraja .Tambahan pula terdapat pendidikan melalui penglipur lara yang menyampaikan cerita lagenda dan dongeng yang mempunyai nilai-nilai murni untuk pengajaran semua.
            Semasa kedatangan British, pendidikan kebanyakannya terpaksa dibiayai oleh orang perseorangan atau organisasi islam orang Melayu. Terdapat madrasah yang mementingkan ilmu keduniaan dan ilmu akhirat. Selain itu, sekolah pondok diteruskan dan penambahan sekolah vernakular yang mengikut pecahan kaum dibentuk. Terdapat beberapa laporan pendidikan di peringkat awal termasuk Laporan Barnes pada tahun 1949 dan Laporan Fenn-Wu pada tahun 1951 yang bertujuan untuk menyatukan semua sekolah vernakular dan menggubal sistem pendidikan sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu .Ordinan Pelajaran juga dibentuk pada tahun 1952, bertujuan menubuhkan sekolah-sekolah bercorak ‘Kebangsaan’ dan ‘Jenis Kebangsaan’
            Perkembangan dasar pendidikan selepas kemerdekaan daripada British merangkumi laporan-laporan pendidikan seperti Penyata Razak pada tahun 1956 yang bertujuan untuk mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi kaum dan Penyata Rahman Talib pada tahun 1959 yang mencadangkan pendidikan percuma kepada semua pelajar sekolah. Kedua-dua penyata tersebut menjadi asas kepada sistem pendidikan di Malaysia. Pendemokrasian pendidikan berlaku pada tahun 1996 melalui dasar pendidikan kerajaan. Antara perubahan yang dilakukan ialah menyediakan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang menjurus kurikulum bersepadu sekolah menengah. Selain itu pendidikan vokasional dan teknik diperluas serta aktiviti ko-kurikulum digalakkan.
            Pada pendapat saya, dasar pendidikan kebangsaan boleh dimantapkan dengan cara memperkukuh dan mengutamakan latihan perguruan. Peluang-peluang yang sama perlu diberikan kepada Institut Pengajian Tinggi dan Institut Perguruan di seluruh negara yang terlibat dalam bidang pendidikan. Kursus- kursus yang melibatkan pelbagai kemahiran untuk meningkatkan kualiti guru perlu diperbanyakkan dari masa ke masa. Selain tu, bantuan bagi menggalakkan kolaborasi sesama pendidik di dalam negara dan juga antarabangsa merupakan antara cara bagi mengukuhkan sistem pendidikan kebangsaan. Malaysia mempunyai ramai pakar dalam bidang pendidikan, justeru pakar-pakar ini perlu sentiasa berbincang secara berkala dan memperlihatkan hasil perbincangan mereka agar penambahbaikan boleh dilakukan.
            Selain itu, umum mengetahui bahawa terdapat  jurang pendidikan yang besar diantara penduduk bandar dan luar bandar disebabkan oleh faktor ekonomi, insfrastruktur dan keadaan geografi. Justeru, setiap anggota masyarakat yang mempunyai pelbagai kemahiran boleh memainkan peranan dengan mempertingkat ekonomi luar bandar bagi membantu sistem pendidikan mereka. Sebagai contoh satu kawasan luar bandar dijadikan sasaran untuk meningkatkan mutu pendidikan mereka dengan cara kehadiran anggota masyarakat yang mahir dalam bidang, keusahawanan, perikanan, perternakan, pendidikan dan sebagainya. Secara tidak langsung, kepentingan pendidikan ini dapat dirasai dikawasan tersebut lantas menlahirkan individu-individu yang kompetitif dan cintakan ilmu.
            Tuntasnya, sebagai salah seorang warganegara yang cintakan tanah air, kita harus sama-sama membantu pihak kerajaan khususnya bagi meningkatkan mutu pendidikan negara agar matlamat menjadikan negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 menurut acuan sendiri dapat dicapai. “Majulah pendidikan untuk negara”.

Nukilan,

Nur Raihanah Binti Mohd Rozaimi,                                                                                                        Bakal graduan,                                                                                                                               Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Tuesday 9 April 2013

Nota #2: Kehidupan

Assalamualaikum.                                                                                                                                           mid-sem hanya berbaki 5 hari.. dan dlm masa yang sama tinggal                                                                                                                                              berbaki 2 bulan before diri ini bergelar penganggur terhormat.. Well, dalam setiap kehidupan perlu ada perancangan yang rapi. Itu salah satu kriteria manusia hebat. Yes! Itu adalah perkara yang selalu dimomokkan dalam kepala ni.. Pada dasarnya mmg tiada perancangan yang rapi, namun setelah menjalani kehidupan bersama-sama orang hebat, dan beserta pengalaman hidup, alhamdulillah perancangan yang tidak berapa rapi itu tersusun dengan pelan a b dan c... Walaupun kita xtahu ape yang Allah rancang untuk kita, tapi setidak-tidaknya kita dah bina jalan kita. Manusia hebat merancang!, manusia biasa mengikut arus kehidupan!.. Pilih cara hidup anda!

Saturday 6 April 2013

Assalamualaikum and good morning semua insan2 cantik dan hensem... ^_^....

Sebenarnya sangat susah nak kembali aktif di blog ni setelah banyak perkara yang terjadi dalam hidup. Tapi kali ni saya nak share benda yang simple and santai untuk semua.. (bajet macam ade orang baca blog ni)..

Sebenarnya, blog dulu.. ade jugak follower tetap, tapi setelah setahun setengah blog tu ditutup, atas sebab-sebab tertentu, dan pembikinan blog baru ni.. xramai tahu.. actually mmg xnak bagi orang tahu pown.. cuma ade gak junior-junior and kawan-kawan yang dapat detect ==".. adeh dunia tanpa sempadan betol!

Lets back to the topic...

As i mention earlier, i just wanna share a simple topic to all of you..its about.. GUY!

Dulu masa zaman budak-budak.. mmg la ramai yang berada dalam cinta monyet kan..haha. dont worry, itu adalah proses pembelajaran yang mematangkan.

Tapi bila dah agak2 nak masuk alam dewasa ni...tentunya kita lebih matang untuk memilih untuk berkawan dan jadikan pasangan hidup ^_^..

Ramai yang bertanya, xde sesiapa ker skarang??... sebab.. rakan-rakan sebaya kita agak ramai yang akan menamatkan zaman bujang.. betol x??... Bagi soalan ini, jawapan yang selalu saya berikan.. tula.. xde orang nak ni.. xpe2, nak kawen anak raja kowt.. hehehe.. (kalau bawa bincang serius, lagi meleret2.. so jawap.. n lariii!!!)

Dan ade yang mengatakan terlalu memilih... EH! ofkoz la kena pilih kan.. nak jadikan suami kowt.. ayah kepada bakal anak2 ku yang soleh n solehah plus nakal2 sket cam mama dier..hehe.. tp baik macam papa dier **berangan2**

Bila dah besar ni, bila tgk GUY.. lebih kepada sesuai x die ni nak jadikan imam solat saya??, boleh x jejaka ini tegur saya kalau saya lalai pada ALLAH. Boleh x jejaka ini tarik kaki saya pijak kembali ke bumi, ketika dunia ini membuatkan saya berterbangan di awan dan merasakan dunia ini saya yang punya.. dan paling penting boleh x jejaka ini hormat dan sayang ibu bapa saya seperti saya sayang pada mereka (BAPA SAYA GARANG!!) hahaha..

Bila kenal dengan insan yang bernama lelaki dengan rapat.. aim saya ialah KAWEN!..tp stakat ni xde yang betul2 rapat la. except my bestfriend.. saudara ISA YUSOF a.k.a bro sepanjang hayat!.. Xsabar nak tunggu dier kawen n nak pakai baju lawa2 masa wedding dier, mana tau jumpa pasangan hidup! #EH! hahha

Memang kita nak suami yang boleh bimbing tp dalam masa yang sama kita x boleh nafikan kita ade criteria tersendiri untuk sang husband!.. sebab mata saya akan terus tertarik dengan ciri-ciri ini!

1)Tinggi dan kurus.
Saye pown xtau la apsal ske ngan karakter macam ni.. mungkin sebab ayah dan adik saya tinggi dan kurus kowt... so mata saya nampak lelaki macam ni agak "smart". Ade orang kate xsedap peluk!..hahha. Tapi xpe itu pilihan masing2

2)Pakai kaca mata
Ni lagi satu karakter yang saya suka tengok pada lelaki.. spesifiknya bingkai spek begitu. Kenapa spek?? koz guy with spek nampak lebih intelektual di mata saya.. Mata orang lain saye xtahu la ^^..

3) Berbaju putih dan berkulit cerah.
Hmm.. ini antara taste2 saye koz saya lebih gemar yang kulit cerah ala2 korea, jepun gitu.. hahha.. dan bila pakai baju putih nampak menyerlah dan nampak baik!..

4)Mata sepet dan rambut cacak2 sket
hik2.. mata sepet bagi saya nampak macam romantik... sweet gitu~~...mungkin juga sebab mata saya pown sepet.. hah! ade orang kate.. dah kalau ko sepet, laki ko sepet.. anak ko?? xde mata??..hhehehhe.. nak gelak plak dengar!.. tp tu la yang saya ske tgk.. rambut tu bila cacak2 nampak muda..hheheheh


CEREWET? MEMILIH?.. kadang-kadang saya TERPAKSA admit.. hehehhe.. Tapi kadang2 yang berjaya ketuk pintu hati xde pown dalam senarai kriteria lelaki yang diinginkan.. hahhahahahah!!... Allah tahu yang terbaik untuk kita kan... Dan sebenarnya saya lebih selesa berkawan sebab perasan muda!! baru 23 kan.. nanti dekat-dekat umor nak 25 akan fikirkan sesuatu! hehehe.. Koz nak kawen umo 25 thn!!!! (gedik2)..

Sebenarnya.. saya dok kejar cita2 yang masih banyak dalam list x tercapai.. walaupun 65% cita2 yang saya nak sy dah capai.. selebihnya kena kejar jugak sebelum menamatkan zaman bujang... tu la x sempat nak fikir2 benda2 camni.. hhehehehe..

Buat rakan-rakan.. yang dah nak kawen tu, cik rai doakan semoga berkekalan hingga hujung nyawa.. dan doakan cik rai dapat suami yang dalam kriteria ni..(plis2..hahhahaha!).. xkesah la doktor ke,lawyer ke, engrr ke, volunteer ke, politician ker.. OPSS! hahahah

haha... saya rasa tu jer la kowt nak share.. MAAF, post kali ini x menyumbang apa-apa yang berkaitan dietitik dan sebagai seorang pejuang!.. namun hati jiwa dan sanubari saye tetap dilahirkan sebagai pejuang!!, dan saya juga insan biase ^_^.. Kriteria anda bagaimana??

Dietitian To Be,
Nur Raihanah Binti Mohd Rozaimi
Pejuang Agama Bangsa dan Negara.

Sunday 10 February 2013

Pengalaman Praktikal Klinikal..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dah seminggu berada di "surgical ward" menjalani praktikal di Hospital Queen Elizabeth 2!.. Of course penat kerana jarak rumah dari tempat praktikal almost 40 km which take about 1 hour drive to tempat praktikal. Sincerely, rasa seronok.. sebab mempunyai "clinical supervisor" yang tegas! tapi baik hati dan lawak... Setakat ni, alhamdulillah xpernah kena marah.. setakat ni la, sonner or later idk!..

Cara "manage" pesakit di hospital ni agak berbeza jika dibandingkan dengan hospital ditempat saya "foundation" dulu, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu. Di HSNZ, kami gunakan HISS system untuk tahu semua latar belakang dan anything about patient. Tapi, di Hospital Queen 2, note dietitian dan semua note dari medical and health science practitioner ade dalam paper depan meja pesakit.. So ALL the data should be read at the ward!.. lebih memeningkan kepala dengan tulisan doktor yang sangat2 CANTIK, sampai susah nak paham ape yang ditulis... eh! bukan  DOKTOR jer.. tp semua  pengamal perubatan yang berkaitan dengan patient..

Waktu praktikal dulu, jarang dapat kes2 TPN.. now, hari2 kes TPN, Enteral.. perut rasa kecut!!.. dan bile dietitian suruh buat dietitian note... dah mula menggelabah, kos dulu key in dalam system! n now nak kena tulis.. a bit different!

Dekat hospital dulu, wad surgical xdela kritikal macam yang tempat saya praktikal sekarang. Atau lebih tepat lagi, kes2 yang dulu agak LIGHT.. tp bila dpt kes2 neurosurgical, MRO ESBL, dan macam2 lagi.. rasa mencabar!.

Rasanya ramai yang tahu, minat dan cinta cik raihanah ni bukan untuk menjadi dietitian. Tapi apepun yang terjadi, saya akan habiskan ape yang saya dah mulakan. InsyaAllah.. ini bukan minat dan cinta.. Tapi atleast saya suka!..


Mudah2an 3 bulan akan datang dipermudahkan. Saya xkan pernah putus asa! InsyaAllah!


Monday 28 January 2013

Syukur..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Melihat kehidupan manusia yang kini makin tak tentu arah.. mungkin kerana terlalu mengejar duniawi, saya terfikir pernahkah mereka berhenti sejenak dan memikirkan betapa bertuahnya menjadi seorang manusia yang dikurniakan pelbagai nikmat.

Nikmat yang mungkin kita x sedari.. dan kebanyakan orang alpa tentang nikmat tersebut. Tentunya nikmat hidup... Kita ditawarkan "bertransit" dimuka bumi sebelum selamanya ke tempat selamanya kita akan hidup iaitu "akhirat"..

Dan selama kita bertransit di muka bumi ni, x semua orang mempunyai nikmat yang sama. Ade yang ALLAH jadikan pekak, bisu, dan buta di atas muka bumi... buat sementara waktu sebelum ke akhirat..

Pernah x kita rasa semua benda ni? Syukur YA ALLAH, aq punya tangan.. ramai lagi hambamu yang tidak punya tangan.. dengan tangan ini aq mohon akan sentiasa digunakan untuk melakukan kebaikan.

YA ALLAH, syukur, aq punya kaki... ramai lagi hambamu yang kudung.. yang punya masalah untuk berjalan.. dan aq harap.. kaki yang kau kurniakan padaku ini membawa aku ke jalan yang diredhaimu dan bukan ke tempat2 maksiat...

Ya Allah.. aq punya penglihatan, suara dan pendengaran... Ya Allah.. dengan nikmat2 ini aq memohon agar aq gunakan dengan sempurna kearah kebaikan...

Semoga segala nikmat yang kita ada, xpernah kita sia-siakan... kerana..tatkala ALLAh ungkapkan KUNFAYAKUN.. nikmat yang diberikan pada kita boleh ditarik serta merta dengan kehendakNYA... maka sentiasa bersyukur.

-RaihanahRozaimi-
*Dietitian dan Pejuang Agama, Bangsa dan Negara*

Unexpected Gift from Allah

How should i start this story? Actually i never thought to have a baby right after getting married. I just go with the flow~.. Itu dulu...