Thursday 25 July 2013

Pengalaman mencari kerja (^_^)

Assalamualaikum semua..(^_^)

Sihat tak?.. cik rai harap semua sihat.. macammana dengan puasa? Hopefully semua masih bersemangat dan bertenaga dalam menjalankan ibadah yang dituntut ni.. Macam ustazah plak kan =='

Oklah, sebenarnya cik rai nak kongsi pengalaman cik rai bekerja. Tapi sebelum tu, baik cik rai cerita kronologi mencari kerja ni. Ceritanya bermula begini;

Pada suatu hari... eh! xdela.. poyo je,, sebenarnya cik rai sangat malas nak bekerja, tapi sebelum peperiksaan terakhir dan viva, kawan-kawan kelas cik rai semua dah buka langkah!!.. hantar resume kat hospital-hospital, pergi "interview" sana sini untuk kerja. Jadinya cik rai ade la sedikit cuak, sebabnya cik rai ni jenis yang selambe x hantar ape-apepon kat mana-mana tempat. Sebab "aim" cik rai sebenarnya kat benda lain, namun sampai sekarang Allah masih x izinkan.. tapi tu kisah lain .. abaikan..

Lepas VIVA, cik rai pon balik la KL, dan "settle" kan beberapa perkara dalam kehidupan. Keluar dengan kawan-kawan. Sebenarnya dalam hati cik rai memang dah "aim" kononnya nak kerja kat GNC sebagai nutritionist, sebab DIETITIAN kat Hospital Queen Elizabeth, dulu pon keje kat GNC dan cik rai agak "impress" dengan pengetahuan die tentang macam-macam jenis "supplement" dan cara dier "speaking".

Nak dijadikan dan dipendekkan cerita, waktu cik rai pergi lepak-lepak dengan kawan-kawan kat wangsa walk, cik rai nampak GNC dan terus "apply" kerja. Resume cik rai hantar melalui emel. Tup-tup esok pihak Human Resource(HR) GNC panggil interview. Makanya cik rai pon pergilah interview.

Dalam hati cik rai, xpe cuba nasib je. Cik rai pergi interview dengan sangat selamber, ala-ala macam borak dengan kawan lama dengan panel penemuduga.. Tips yang penting muka kena konfiden, speak like professional ^_^ (padahal cik rai bantai jer). Pihak HR kata awak tunggu lagi seminggu untuk dapat jawapan. Sekiranya kami xpanggil balik ertinya awak xdpt.

So, cik rai pown bajet la tunggu seminggu. TIBA-TIBA!!!!
selang 4 hari cik rai dapat kol cakap GNC nak lantik cik rai jadi NUTRITIONIST!.. mau tekejut la jugak kan.. rezeki bulan ramadhan mungkin...


 Secara rasminya, cik rai dah pon seminggu sehari kerja kat GNC ni. GNC ni bagi yang xtahu merupakan kedai menjual supplemen dan produk-produk makanan sukan untuk menambahkan tenaga dan bermacam-macam lagi. Mungkin bagi sesetengah orang yang pandang sebelah mata, mereka mungkin mengganggap kerja ni macam promoter. Cik rai x salahkan mereka, sebab dulu pon cik rai ingat macam tu. Tapi bila dah masuk dalam arena ni, cik rai tahu memang gelaran nutritionist tu sangat susah dipikul sebabnya, setiap customer ade kehendak nutrisi yang berbeza. Dan kalau xde basic ilmu pemakanan, memang susah untuk faham kehendak mereka.

Nak tahu ape yang menakutkan cik rai selama seminggu bekerja dan setakat ni ape pengalaman yang cik rai xdapat lupe??.. Post akan datang cik rai akan terangkan ok.. sabar-sabar. Tapi "moral of story" setakat kehidupan sekarang ni, cik rai nampak ade 3.

1) Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk diri kita, walaupun kita xsuka pada awalnya.
2) Jangan pernah berhenti berusaha jika anda inginkan sesuatu.
3) Kadang-kadang kita perlu membahagiakan orang-orang yang banyak membantu kita dengan kejayaan kita, walaupun kadang-kadang hati kita yang merana. Ewah!.. Alhamdulillah pensyarah-pensyarah, rakan-rakan terdekat dan paling penting ibu bapa sangat gembira dengan pekerjaan saya yang sementara ini. Melihat mereka bangga sudah cukup buat hati saya tersenyum (^_^)..

Dietitian To Be,
Nur Raihanah Mohd Rozami,
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara.


1 comment:

  1. Salam, kak nak tanya waktu diploma, akak ambik diploma apa?

    ReplyDelete

Unexpected Gift from Allah

How should i start this story? Actually i never thought to have a baby right after getting married. I just go with the flow~.. Itu dulu...