Monday 28 January 2013

Syukur..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Melihat kehidupan manusia yang kini makin tak tentu arah.. mungkin kerana terlalu mengejar duniawi, saya terfikir pernahkah mereka berhenti sejenak dan memikirkan betapa bertuahnya menjadi seorang manusia yang dikurniakan pelbagai nikmat.

Nikmat yang mungkin kita x sedari.. dan kebanyakan orang alpa tentang nikmat tersebut. Tentunya nikmat hidup... Kita ditawarkan "bertransit" dimuka bumi sebelum selamanya ke tempat selamanya kita akan hidup iaitu "akhirat"..

Dan selama kita bertransit di muka bumi ni, x semua orang mempunyai nikmat yang sama. Ade yang ALLAH jadikan pekak, bisu, dan buta di atas muka bumi... buat sementara waktu sebelum ke akhirat..

Pernah x kita rasa semua benda ni? Syukur YA ALLAH, aq punya tangan.. ramai lagi hambamu yang tidak punya tangan.. dengan tangan ini aq mohon akan sentiasa digunakan untuk melakukan kebaikan.

YA ALLAH, syukur, aq punya kaki... ramai lagi hambamu yang kudung.. yang punya masalah untuk berjalan.. dan aq harap.. kaki yang kau kurniakan padaku ini membawa aku ke jalan yang diredhaimu dan bukan ke tempat2 maksiat...

Ya Allah.. aq punya penglihatan, suara dan pendengaran... Ya Allah.. dengan nikmat2 ini aq memohon agar aq gunakan dengan sempurna kearah kebaikan...

Semoga segala nikmat yang kita ada, xpernah kita sia-siakan... kerana..tatkala ALLAh ungkapkan KUNFAYAKUN.. nikmat yang diberikan pada kita boleh ditarik serta merta dengan kehendakNYA... maka sentiasa bersyukur.

-RaihanahRozaimi-
*Dietitian dan Pejuang Agama, Bangsa dan Negara*

Unexpected Gift from Allah

How should i start this story? Actually i never thought to have a baby right after getting married. I just go with the flow~.. Itu dulu...