Wednesday 5 November 2014

IM SORRY... Tan SRI! Hehehehe.


Bismillahirrahmanirrahim... (Lap2 habuk dalam blog)..
Rasanya dah terlalu lama tinggalkan dunia blog. Hati memang teringin nak menulis, tapi kesibukan kerja sedikit menghalang untuk berkongsi cerita-cerita menarik dalam kehidupan. Alhamdulillah dah 1 tahun 4 bulan kerja sebagai seorang nutritionist.


Selama bekerja, saya dah jumpa bermacam-macam jenis orang dan macam-macam perangai pelanggan. Nak dijadikan cerita, satu hari ni datanglah seorang pelanggan untuk membeli supplement (nama pun kerja kedai supplement as nutritionist kan!).


I consider this customer as our regular customer, but im not the one who usually consult him as we do consultation by turn. Usually my friend who is senior nutritionist will consult him.

Waktu tu kerja sorang-sorang shift pagi. As he enter the outlet, there are few customer in the outlet give smile and greet him. “Assalamualaikum Tan Sri, Hows Malaysian politician now?”. Few customers ask him. Dalam otak saya, Tan Sri ni sape ea?, muka macam familiar sangat.


Bila borak dengan Tan Sri ni, orangnya sangat2 humble, sempat bagi kata-kata semangat lagi. As i share my product knowledge, Alhamdulillah dapat “close sales” dengan Tan Sri ni almost RM2200 per transaction. Heee... (Dah nama pon nutritionist retail, kena la do more sales!).

Through the system, he’s name shows YBHg. Tan Sri Dato’ DR. Mohamad Yusof Bin Haji Mohamed Nor. Dah settle transaction dengan Tan Sri dan dier dah keluar outlet, saya pun cuba google sape Tan Sri ni. Roughly google, nampak kaitan TAN SRI dengan FELDA, USIM, MESIR dan Jabatan Perdana Menteri. Dalam hati just ckp..ooo ok!


Bila balik rumah, sebab nak interview SPA untuk jawatan pegawai dietetik keesokan harinya, saya pun korek2 sijil dan terjumpa gambar konvo. Eh!!.. this guy look familiar! OMG!!!..

Istiadat pelantikan pro-canselor


Rupenye ..YBHg. Tan Sri Dato’ DR. Mohamad Yusof Bin Haji Mohamed Nor ni merupakan PRO-Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin!. YES!! Uni saya!!. AND Tan Sri juga la yang bagi scroll masa hari graduation!...Patutla Tan Sri ckp die pon dr UniSZA. I thought pernah belajar ke. Hahahhhahha.. hentak kepala sendiri!! Pro- Canselor sendiri pon xkenal!.



Mane nak kenal. Hari Konvokesyen tu juga merupakan hari Istiadat Perisytiharan Pelantikan Pro-Canselor yang baru, which is TAN SRI dilantik. Sebab kami para graduan ingat Sultan Mizan yang bagi scroll. Thats y.. Heee..

But anyhow, Alhamdulillah pernah bagi consultation kat Pro-Canselor sendiri dengan kapasiti nutritionist. Alhamdulillah. Smile^^..

Walaupun nampak hidung i je.. OK la..

Best regards,

Raihanah Rozaimi

Friday 11 July 2014

Jatuh

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya percaya cinta itu lumrah..
Saya juga percaya, untuk mendapatkan cinta manusia, cinta pada Allah perlu mantap.
Saya percaya, jika kita cuba memperbaiki diri kita, bakal pasangan kita juga akan sama-sama kearah kebaikan.

Perlu mantapkan cinta pada Allah. Moga-moga cinta manusia yang bakal hadir juga tidak melalaikan.

i will be loyal if you do the same thing.
i love you till jannah.


Tuesday 8 July 2014

Hidayah itu milik Allah

Bismillah..

Sedar xsedar dah masuk  fasa kedua ramadhan. InsyaAllah, esok hari ke 11 puasa. Terlalu banyak perkara yang bermain dibenak aq. Ramadhan kali ni ialah "training process" utk istiqamah dalam perubahan bak kata ustaz azam al kankari. Risau, adakah amalan2 diterima. Kadang-kadang hati jadi rapuh, adakah amalan dari insan biasa ini dipandangnya. KadAng rasa nk "give up". Tapi semua manusia yang mengenali tahu, itu bukan sifatku.

Terus berjuang dan berperang dengan diri sendiri utk lakukan yang terbaik.  sebenarnya hati rasa terpanggil selepas perbincangan tadi. Bila seorang yg bukan muslim cuba membuka mata seorang islam tentang islam. Allah!.. Aq yakin hidayah itu milik Allah. Moga satu hari nanti hidayah itu sampai pada mereka.

Islam. Ia bukan hanya pada ibadah sklat dan puasanya. Islam meliputi semua aspem, dari berjalan, makan, tidur dan banyak lagi. Islam itu gaya hidup. Dulu hati pernah terdetik jika beberapa kenalan dan "role model" masyarakat berubah kearah kebaikan. Doa itu selalu. Hari ini insan2 yang kita xpernah jangka berubah... mereka berubah!. Benar kan.. hidayah itu milkm Allah, tp kalau xusaha... xdpt!

Moga hati ini ditetPkan pada agamaku.. Amin!

Wednesday 11 June 2014

Warkah cinta raihanah

Bismillah,

Hanya ingin menulis sesuatu. itupun terus dari phone.
Penghijrahan bukan mudah, sukar utk dilakukan bila sudah terbiasa dengan perkara kebiasaan.
Letih dengan permainan manusia yg xtahu  penghujungnya.

Atas desakan keluarga dan persekitan, kini mmg terasa, rupanya sudah berusia.
Perkara pokok adalah pasangan. Didesak kiri dan kanan. Letih

Kadang-kadang terusik dengan kata-kata mereka; terlalu memilih.  Ingin kulempar kembali terlalu memilih atau tidak nampak kesungguhan dari mana-mana pihak. Sudah tentu memilih utk sehidup semati.

Kawan. terlalu ramai. kata umi, berkawan la dulu. yang mana serasi teruskan. Dah buka hati untuk "berkawan" tp  xnampak penghujungnya. Akhirnya keadaan kembali normal.

Cukup. pintu hati utk bersungguh "berkawan" dah mula tertutup. Kerja harus diutamakan.  banyak tanggungan dan commitment sekarang.  dont ask..

nana

best regards,
late teenagers

Sunday 1 June 2014

Lutut Mu Bukan Lutut Ku.. ^_^

Blog dulu cik rai dah delete... skarang berjinak kembali dengan blog baru. Well penulis xboleh berhenti berkarya!


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamuaikum. 

"Post" kali ini cik rai lebih kepada bahan bacaan ilmiah. Well, ade beberapa kenalan cik rai minta cik rai untuk terangkan berkenaan masalah ni. Dari hari ke hari cik rai nak tulis, tp biasalah; menulis memerlukan ketenangan dan idea yang jitu! ewah!.

Let's get start!

Ops! sebelum tu, hope simple note ni boleh membantu Captain Hairul Azreen yang dengar cerita kadang-kadang sakit lutut. ^_^. Untuk alam wakaka.. makan ayam banyak2 cepat sembuh luka kaki!.

Cik rai akan menulis dalam 2 kapasiti; 1)sebagai seorang nutritionist retail dan 2) sebagai seorang dietitian.

Pertama sekali, ade 2 terms untuk sakit sendi/joint ni. Kita perlu tahu samaada kesakitan tersebut ialah "arthritis" ataupun "rheumatism'?. Apa beza antara kedua-dua ni? .


"Inflammatory pain from joint/s is arthritis; and from tissues around the joints such as tendon, ligament, muscle or bone is rheumatism"

Antara penyebab sakit lutut ialah, bersukan yang banyak menggunakan kekuatan kaki seperti bola sepak taekwando, takraw, pelari pecut dan juga aksi-aksi "stunt" yang banyak memberi hentakan pada sendi. Untuk pengetahuan, jika tidak dirawat, sendi ini akan lebih teruk keadaannya dalam masa 5-10 tahun. So take action now friends!. Berbeza dengan penyakit "rheumatism", keadaan ini lebih teruk kerana jangkitan daripada tendon/ligament/muscle terhadap sendi, dan biasa daripada penyakit keturunan. Saudara cik rai salah seorang penghidap rheumatism ni, sedih tgk jari-jari die slalu bengkak. But alhamdulillah getting better now cause she took supplement to reduce the pain.

sendi-sendi yang ada dalam tubuh kita


Selalunya, "standard medical treatment", doctor akan bagi asprin, corticosteroids dan NON-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID) untuk kurangkan rasa sakit. Tapi dalam jangka masa yang lama pengambilan ubat ni, akan beri kesan sampingan kepada hati, buah pinggang dan paling x seronok, akan kurangkan fungsi semulajadi badan kita untuk "healing process".

Bercakap sebagai seorang "retail's nutritionist", ramai customer cik rai dari "sportman/woman" sampai la makcik/nenek tok ki dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya mengadu sakit lutut. Kalau "sportman/woman" akan mengadu jumpa doktor dan diberitahu mereka mengalami "ACL"(anterior cruciate ligament) koyak!. Dalam masa yang sama kadang-kadang mereka boleh rasa "cracking sound" pada lutut dan sendi-sendi lain. Untuk ACL ni, biasanya "minor" surgery akan dilakukan untuk menggantikan ligament yang koyak ni kepada ligament tiruan tp kekal. Tapi, masalah ni x berakhir disini, sebab dalam masa yang sama tulang rawan dah makin nipis dan cecair di bahagian lutut ni dah makin berkurangan. Oleh sebab itu, lebih banyak toksin akan menyerang kawasan sendi ini. Kalau orang tua mereka akan mengadu susah nak naik tangga dan sembahyang.

Base on this situation, supplement should take action!. Tak kesah la awak semua nak ambik dari brand ape, yang penting cik rai sampaikan ilmu je. You can seek for supplement that contains; glucosamine, chondroitin and MSM (methysulfonylmethane).

Ape fungsi??

1) Glucosamine: Pernah x tgk tulang ayam? yg kite boleh gigit2 warna putih tu? tulang rawan!. Orang yang sakit lutut or sendi2 ni, tulang rawan die dah makin tipis. So, glucosamine ni akan bantu "rebuilt" balik tulang rawan tu kepada ketebalan yang bersesuaian dengan badan kita.

2)Chondroitin: Bile orang sakit lutut ni, sebenarnya kurang "lubricant" kat kaki dia. So chondroitin ni akan jadi sebagai minyak pelincir bila dia tarik fluid kearah sendi. So movement become better.

3)MSM: Acts as natural pain reliever. Kalau yang doktor slalu bagi tu pain killer, xbagus untuk kesihatan. So yang ni combination dari tumbuhan. So selamat la sket^^


Dalam masa yang sama, awak semua boleh ambik FISH OIL. Fish oil ni banyak sangat fungsi, kalau cik rai nak terangkan boleh buat satu post lagi. huhuhu.. tapi, untuk joint ni, dia bertindak sebagai "anti-inflammatory". Sebab kan td cik rai dah bagitau yang banyak toksin attack bila sakit lutut. So fish oil akan remove toksin ni... Setakat ni faham x murid2? ehehehhe =)))..

Tu semua antara supplement yang  u ols semua boleh cari, tp dalam masa yang sama, as a dietitian cik rai xske sangat kite "dependent" dengan supplement. Sebab, makanan yang dah sedia ada atas muka bumi ni banyak yang boleh menyembuhkan sebenarnye.

Pastikan  makanan u ols seimbang dari segi carbohydrate, protein, fat dan paling penting sekali fiber korang!. Antara makanan yang boleh membantu mengurangkan sakit lutut ni ialah

1) IKAN!
-Ikan mengandungi omega-3 yang penting untuk bertindak sebagai anti-radang dan membantu melindungi tulang rawan daripada haus. Kire macam sama la korang ambik fish-oil supplement tu. Tapi the thing is berapa banyak ikan korang sanggup makan dan sehari. Ramai yang lebih sukakan ayam kan!. So start eat fish!.. lagi satu lemak ikan lebih rendah dari lemak ayam! =)).

2) SOYA


Dalam soya ni ade satu active ingredient yang dipanggil "isoflavane" yang berfungsi untuk melegakan kesakitan dan anti-radang. Antara contoh sumber soya ialah tempe, susu kacang soya dan kicap soya. Plus kalau ambik tempe selalu boleh cantikkan kulit dan awet mudaa!. Tapi, cik rai slalu ambik tempe, tp muka tetap matured! Dissappointed! hahah =)

3)BUAH-BUAHAN dan SAYUR-SAYURAN.

Buah-buahan dan sayur-sayuran ni ade properties anti-oxidant dan protect immune system. Kalau toksin-toksin x attack kite, so lutut dan sendi-sendi xsakit lew ^^...  Fungsi lain, buah-buahan dan sayur-sayuran ni akan buat kite kenyang dalam masa yang lama. So xde la asik nak makaaaaaaaan je!.. Ni cik rai apply sebab cik rai kuat makan! so kena makan sayur banyak. Sebab kalau x makan sayur, U olS pown cik rai boleh telan! HAHAHa


Fuh!.. akhirnya tertunai jugak nak cerita pasal lutut ni sejak berzaman. To all friends, jaga lutut u ols k. Rugi wo, xkawen dah banyak sakit tu ni. 

Oklah, hopefully simple note ni boleh membantu kawan-kawan yang memerlukan. Im very please to help.

Jaga lutut. Maintain active. Smile always ^__^

Dietitian Islam,

Raihanah Rozaimi. ^_^










Friday 30 May 2014

Happy Birthday Raihanah

Blog dulu cik rai dah delete... skarang berjinak kembali dengan blog baru. Well penulis xboleh berhenti berkarya!


Assalamualaikum u ols~..

Im officially 24 tahun  pada 27 Mei 2014. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk bernafas. Kadang-kadang cik rai fikir sampai bila hidup cik rai.. Urgh! seram.. selagi diberi waktu, moga cik rai sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik walaupun banyak kali terpeleOT!!

Actually tahun ni cik rai xde la sambut dengan famili macam tahun lepas, sebab cik rai kononnya dah bekerjaya. Cik rai tinggal rumah nenek, tp nenek ngan atuk cik rai pun xtau birthday cik rai. HHAHAHHA~

So, cik rai pun planning la untuk menghiburkan hati sendiri, cik rai nak pergi bercuti. Konon-konon nak pergi singapore, lawat makcik cik rai kat sana. Tapi,,,,passport cik rai ilang!! sampai skarang cik rai x report lagi! (entah-entah pendatang tanpa izin dah selamat guna passport cik rai g mana-mana.. erk) .So cik rai pun bercuti ke pulau tioman atas ajakan kawan. Yang ni nanti cik rai update. Sebab cerita pulau tioman ni seronok sangat!.

Cik rai nak ucap terima kasih banyak-banyak pada kawan cik rai yang sorang ni, sebab sanggup ambik half day teman cik rai SHOPPING waktu hari birthday cik rai. Maka we ols pun pergi la ke times square dan shopping macam x ingat dunia!. Kawan cik rai ni geng masa kat MRSM dulu. Yang lawaknye kitorang sepuluh orang dan gelarkan kumpulan kitorang ni "MINAH SURAU UNITED(MSU)) not because kitorg ni alim, sebab tempat escape kitorg kat surau! hahahahah.. (please do not tiru ye adik2.. xbaik!).



ni nora! maceh teman kite!


Selang sehari birthday cik rai, kawan sekolah rendah  yang mmg sangat rapat dan mmg selalu lepak datangg tempat kerja untuk belanje makan. Die ni pun i syg sangat! sebab, memang susah senang kitorg sama-sama. Almaklumlah, kitorang ni orang-orang sabah yang bermastautin di KL mencari rezeki! hahah..


tq bibi!. Die ni keje kat ambassador ganna kalau xsilap! Okla tu muka pun foreigner!

Jauh disudut hati cik rai rasa geram sebab member/bro/senior n my former president yang rapat kat uni dulu xigt wish pun. Padahal dah terang-terang kat whatsapp group semua orang dok bahagia wish birthday. HAHAHA birthday pun alasan nak cari gaduh. Yela, actually masa-masa macam ni kite boleh tau sape yang really appreciate kite. Tapi cik rai buat xtau sebab mungkin die sibuk dengan kehidupan bekeluarga sebab dah alhamdulillah selamat menjadi suami kepada seorang princess.. ewah!. Tapi tiba-tiba on 29 MEI 2014, waktu ni cik rai keje, stock baru sampai. So, cik rai punggah-punggah barang. Out of sudden muncul pakcik ni depan cik rai! Seriously TERGAMAM!!! Tumpah setitik dua air mata.! sengal!. Rupenye die mmg saje x wish! dan hasut bini die supaya x wish!. Nasib la bini die x dengar cakap. Koz kak riena baik compare ngan laki die nih! hahhaha..


Tara!! .. ini lah bro paling cik rai benci giler attitude die. ISA. Die ni memang sarcasm, baik, menyampah, annoying, bikin panas dan semua perkataan baik n buruk semua die!. Koz cik rai xde abg, so die ni dah macam abg sendiri! Tapi serius rasa geram!!

Haha.. Alhamdulillah being raihanah is a blessed. Alhamdulillah! walaupun jauh dari keluarga, kawan-kawan sangat dekat dihati. Almaklum lah xberlaki lagi. Nanti dah kawen kawan pun xpandang! Eh! hahah.. gurau2.

Sebenarnya, cik rai baru dapat berita KEGAGALAN sesuatu. Tapi xpela, bukan rezeki cik rai kat sana. My wish is i will never give up kejar impian tu. I work harder this year. N hopefully cik rai boleh kumpul duit banyak-banyak, built up my career dan insyaAllah jom target kawen! hahahah.. insyaAllah.

Tq starbucks koz give slice of cake during birthday! ahaks!


Best regards,

Dietitian Islam
Raihanah Rozaimi





Sunday 18 May 2014

ALLAH bagi "CASH"...

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni Cik Rai teringin nak coretkan sesuatu. Moga-moga bermanfaat untuk diri ini dan rakan-rakan sekalian. Basically, as a muslim, kita banyak doa-doa yang boleh dipraktikkan dalam hidup seharian. Tapi cuba jujur tanya diri kita balik, berapa banyak kita apply doa-doa tersebut dalam sehari. Cik Rai pun sama, selalu sangat lalai dengan duniawi (==')

Well, bekerja sebagai seorang consultant, menuntut untuk cik rai memberi "consultation" tentang supplement khasnya dan diet secara amnya. Yer la, Nutritionist katakan =)). Tapi kadang-kadang cik rai sangat risau, "customer" faham tak ape yang cuba cik rai sampaikan??.. Sebab cik rai perasan kadang-kadang cik rai cakap melilau-lilau sampai ke bulan.. hik3.. Oleh itu cik rai, reset diri balik!.. Semalam sebelum tidur, cik rai "google" doa-doa yang berkaitan untuk mempermudahkan lisan cik rai untuk memberi nasihat dan panduan pada pelanggan-pelanggan cik rai. Niat kena ikhlas ok!

So, cik rai pun jumpa la doa ni::, cik rai baca banyak kali.


Pagi keesokan harinya, memang liat sangat nak bangun, sebab nak pergi keje pown malas, almaklumlah ade masalah GAJI kat tempat kerja. Boleh pulak diorg "freeze" gaji 4 hari tanpa notis!.. Nak makan ape!!.. Tapi xpe ini cubaan. Iklan sekejap! ^__^

So, rutin dijalankan seperti biasa, Alhamdulillah, everything smooth~..Tapi, hari ni xramai customer. Macam-macam keje cik rai dah buat, dah siap sampai xtau nak buat ape. Nak lap2 product, tp bos cik rai ni percaya fung sui pe tah, die xbagi buat waktu "weekend". So cik rai pun capai lah buku ni:


Sile bagi pelempang kat cik rai~ Berbulan-bulan dah beli tp xhabis baca. Beli buku lain baca sikit tukar buku lain plak. Ish3.. terok! Tapi xper.. cik rai gagahkan jugak baca buku ni. As a muslim, kita tahu banyak benda yang baik, tp nak buat tu mmg payah kan!..Well, we all normal human being. Dalam satu bab dalam buku ni, pengarang beritahu antara cara menjemput rezeki ialah solat awal waktu, berkata baik tentang orang lain, amalkan dhuha dan macam-macam lagi. I suggest u ols beli.

So, cik rai pun baca la bab menjemput rezeki dengan solat. Dalam buku ni, terbaca satu ayat: "CUBA TENGOK JAM DITANGAN ANDA, JIKA HAMPIR PADA WAKTU SOLAT, TUTUPLAH BUKU INI DAN DAHULUKAN LAH SOLAT, SESUNGGUHNYA ANDA AKAN DAPAT MERASA NIKMAT DAN REZEKI.

Macam terkena kat batang hidung sendiri kan, then terus tutup buku dan pergi solat maghrib diawal waktu. Kebiasaannya memang kebanyakan mereka yang bekerja akan cuba dekatkan waktu antara 2 solat. Sebab xboleh keluar banyak-banyak kali. Tapi kalau boleh jom usaha solat awal waktu (deep inside, mmg SUSAH, tp USAHA2)

Lepas solat, cik rai tetibe terfikir, ade rezeki ON THE SPOT ke?.. xsampai sejam, cik rai dapat yakinkan customer untuk beli a good supplements and he is happy with that. I manage to consult him. The benefit goes to him and also to me. TARA!!! (siapa yang kerja GNC mungkin akan fhm) hik3..


Alhamdulillah, this is when we believe, rezeki tu datang dari Allah. What i can say, if we got any problem, dari sekecik-kecik zahrah hingga sebesar-besar masalah, back to Allah. Kita memang usaha, tp kalau Allah xbagi rezeki xdapat juga.

So, ini cerita cik rai.. So u ols boleh apply kat hidup masing-masing. Im not that good. But i try to share what i think boleh menjadikan diri sendiri baik dan orang lain baik ^_^.

Kbai~ 

Hanya seorang nutritionist yg kadang2 orang anggap promoter! haha!

-Raihanah Rozaimi-


Wednesday 16 April 2014

Its time to be serious..

Assalamualaikum

Tajuk ala-ala skema gitu...



Baru-baru ni terkesan bila jumpa sahabat-sahabat yang sudah mendirikan rumah tangga. Muda!! tapi dah selamat berpasang-pasangan yang halal. Jelous?.. sikit la... Tapi selalu bajet dalam hati, "chill, masa muda panjang lagi.. xjumpa orang yang sesuai", nanti kalau dah sampai seru adalah.


Bila ingat-ingat balik, kawan pernah lontar soalan, "Rai, ko doa x untuk Allah jumpakan suami yang baik?".. soalan ni masa sem 6 pengajian di universiti. Saya jawap,"Buat masa sekarang ni xkowt.. bila dah sedia nanti aq doa". Malu rasanya bila teringat. Bukan untuk membuka pekung didada, sy juga jadikan contoh agar sahabat-sahabat lain sama-sama mula berdoa ke arah kebaikan. Kawan saya balas,, " bukan sebab kau sedia ke x, kena doa dari sekarang, doa kita bukan Allah terus makbul.. mungkin ko x sedia skarang, tp ko konfem ke Allah terus terima doa ko bila ko dah tersedia?.. kadang-kadang doa kita terhijab..


Terduduk...


Allah..Moga kita mohon sama-sama agar dipertemukan dengan pasangan yang baik. Macammana nak dapat pasangan baik? sikit-sikit ubah diri kita menjadi yang terbaik.. Moga dipermudahkan..


Urgh?? Dia kawen? Cukup duit ker?


Kadang-kadang pernah bersembang secara serius (serius la sangat... hahaha)..tentang alam perkahwinan dengan kawan-kawan yang masih bujang. Apa matlamat mereka dalam perkahwinan? ape yang mereka faham tentang tanggungjawab, dan macam-macam lagi. WOW!! raihanah bincang serius pasal kawen!! hahah.. macam pelik an~.. Hehehhe.. 


Bukan hanya dengan orang yang dah belum kawen,, dengan member-member seumur yang dah kawen pun bincang.. Ade sesetengah kita, takut kawen awal, takut duit xcukup lagi, takut xstable, Yela dari satu aspek memang betul.... xkan nak kawen pastu nak bagi makan pasir kat anak dara orang kan... betol3..


Aq pun dulu slalu angan2 (aq mmg kuat berangan..sampai skarang kowt!) yang kawen ala2 princess.. lampu banyak.. pastu jumpa prince charming... urgh! back to earth!!.. reality xmacam yang diangankan pown...  Muflis la bakal laki aq camtu an!.. Bila dengar banyak2 ceramah baru hati ni kembali kepada biarlah besederhana.. so princess dimata orang?? xkowt.. i'll be princess to my future husband! ewah!! ^__^


Saya tanyakan juga soalan pada sahabat yang dah kawen ni. " Suami U waktu kawen mmg dah cukup duit ke? boleh plak pinang U terus?." Die balas, i mmg xde duit, time tu praktikal.. tp DIA dah keje almost 1 year, tp duit x banyak la.. gaji pun 2 ribu plus2.. tp Alhamdulillah lepas kawen, mmg sama2 la bajet.. mmg susah.. tp seronok.. (bab ni aq mmg jeles!!).. koz mmg dream sama-sama susah.. InsyaAllah,, bukan just kata-kata, InsyaAllah apply...Kalau niat baik .. Allah permudahkan. Karakter kawan perempuan ni sangat lemah lembut, cantik .. manis.. tp suami die loyar buruk slalu buat sakit hati... hahah.. Memang terkejut! sebab xsangka orang gila2 macam lelaki ni.. dulu pernah sama2 g "oversea" under program universiti. So kenal la prangai lelaki ni. Tapi dia boleh ambil keputusan untuk kawen di usia muda!. Seriously saya kagum dan bangga!.. alhamdulillah sahabat!

((Baju dier cantik. Tudung die tutup dada. makeup dier xmacam tebal sangat. Die manis. Saya suka!. Saya xkenal siapa die, kazen whatsapp cakap kalau awak kawen mesti camnikan.. tetibe jadi sangat minat walaupun tau xde la cantik macam muslimah ni ))

Berkawan memang perlu ramai, tp berdoa agar dibukakan pintu hati untuk yang terbaik. InsyaAllah. ^__^


P/S: sembang pasal kawen sebab tetibe dapat kad kawen juga dari sahabat lelaki lain yang i never tot dier akan tamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Allah! perlu menerima hakikat.. U dah besar raihanah!! kena g majlis kawen je! Pasni insyaAllah, cari yang serius untuk anak2 caye ^^ (berangan dah lagi)... anak2 lari kat pantai ngan papa die! eh! 



Best regard,

Nur raihanah Mohd Rozaimi

Monday 7 April 2014

Contengan Hidup..

Malam ni rasa nak tulis sesuatu.. selalunya bahan penulisan nak buat yg skema-skema, ilmiah.. tp kali ni dan tulisan-tulisan sebelum ni masih belum bertemu dengan bahan yang sesuai.

urgh! xda idea.. i suppose to revise on MARA.. tp hati masih risau macammana nak g kajang?.. saat ni rasa sedihnya duduk sorang-sorang kat KL ni.. grr.. moga semuanya berjalan dengan lancar...

P/s: kutip saki baki nilai-nilai positif, mungkin "mood swing" pasal tu lain macam feelnya.. Pelik kan perempuan. Kadang-kadang aq pun xfhm bila swing2 ni..Kbai!

Friday 21 March 2014

Perjalanan yang sukar

Assalamualaikum.. 


Jam menunjukkan 1:13am, dah masuk 22/3/2014.. mata masih belum lelap disebabkan minum nescafe. Konon-konon xnak tidur nak "study". Yerp study. Perjalanan untuk menjadi pelajar kembali agak mencabar.
Jujur cakap, sekarang ni memang berperang dengan diri sendiri. Berperang untuk kekal positif dan tak menyerah untuk berjuang menjadi seorang pelajar kembali. Kadang-kadang hati memang rapuh. Kadang-kadang terjelupuk jugak disebabkan terlalu mencabar perjalanan dan dugaan yang Allah bagi.

Hati terus bangkit bila teringat "Allah xkan menguji seseorang hamba itu diluar kemampuannya". Aku sekarang ni memang di uji. Fikiran jahat ni kadang-kadang menerpa, "orang lain xpayah susah-susah "fight" untuk dpt apa yang dah lama aku idamkan, semua terbentang depan mata. AKU?? bersengkang mata, menangis, menonggeng..oh! semua.. Lalu hati kembali berkata, "Bersangka baik pada pencipta!, lain orang lain ujian yang Allah beri.." Lantas terpujuk hati ini. Manis indahnya mempunyai Islam dalam diri, walaupun aku memang bukan lah mereka yang baik-baik, tapi merangkak untuk belajar menjadi yang terbaik.

Seriously, aku masih xtahu apa yang akan jadi pada masa depan, tapi aku pasti usaha bersungguh-sungguh dan berdoa serta tawakkal. Yerp, itu je yang mampu aku lakukan sekarang. Keceriaanku kadang-kadang terbatas dek kegusaran apa yang bakal berlaku nanti.

Ya Allah, semuanya aku letakkan padamu... tapi xkn sekali berhenti usaha. Aku juga pasti doa dari ibu bapa, para pensyarah dan juga sahabat-sahabat yang baik akan mempermudahkan perjalananku..

Moga hasilnya yang baik-baik saja. Terlalu lama aku nantikan peluang ini. Aku akan tebus semua khilaf masa lalu. All i do is keep positive, because i believe positive thinking make positive result. 

InsyaAllah.

P/S: Maaf. Andai meluah dalam blog sendiri. ^__^.. Firm up, stand up and i will always fighting on what i want!

Akan ku balas jasa negara selepas ini...

Kindly regards,

Nur Raihanah Mohd Rozaimi
A dreamer that fight for her dream!

Saturday 22 February 2014

Berani Melangkah!

Assalamualaikum...

Cik rai yakin mesti ade yang membaca, walaupun xla sehebat zaman kegemilangan blog dulu (dah lama arwah blog tu), pasti ada yang membaca.. YAKIN!.

Dalam setiap aspek kehidupan kita, kita perlu yakin.. Yakin dengan kebolehan diri. Cik rai selalu nasihat orang, tapi cik rai pun kadang-kadang rapuh. Tapi kehebatan berkongsi ilmu ni, bila saat kita "down" pasti akan ada sesuatu semangat dalam diri yang akan kata; Raihanah! nasihat orang lain MAMPU!!, nasihat DIRI SENDIRI itu lebih perlu!. Lantas pasti kekuatan muncul dalam diri...

Cik Rai dah lama nak buat sesuatu yang dekat dengan Cik Rai, sambil berkongsi ilmu, boleh la jana pendapatan sikit-sikit. Niat cik rai nak aplikasi ape yang cik rai belajar. Maklumlah cik rai sekarang ni bergelar NUtritionist, tp degree cik rai dietetik; nampak dekat tp sangat berbeza...

Cik rai nampak orang meniaga baju la, tudung la, iklan sana sini.. kadang2 dlm otak cik rai fikir, siapa customer diorg kalau semua org meniaga. Tapi bila hampir setahun cik rai memerhati, cik rai nampak, setiap sesuatu perniagaan tu pasti ade pelanggan. Perlu yakin dengan produk kita dan jujur.


Satu pagi, masa masih mamai-mamai, cik rai nampak satu iklan kat FB pasal card bisnes, cik rai xpernah beli online (ok! tipu!!!, pernah sekali beli inner tudung!, sumpah xkan beli lagi sebab kualiti xmelambangkan ape yang cik rai bayang).. Cik rai terus hubungi orang tu THRU FB sahaja n dalam 3 hari card siap!.. alhamdulillah...


If ade yang nak guna khidmat cik rai untuk menu planning ke, consultation ke.. cik rai open serendah RM40 dulu.. tp tengok perkara yang nak consult la.. cik rai akan try bagi khidmat yang terbaik.. 

Cik rai nak apply ape cik rai blaja selama 4 tahun, cik rai xnak sia-siakan ilmu ni. So hope korang pun dapat bantu cik rai untuk cik rai bantu diri sendiri k^^..

Tu jela.. cik rai ngantuk! Esok nak pergi Big Bad Wolf.. mane tau ade buku2 yang best untuk jadi sumber inspirasi terbaru cik rai... ok^^..

RaihanahRozaimi
Little Khalifah..

Unexpected Gift from Allah

How should i start this story? Actually i never thought to have a baby right after getting married. I just go with the flow~.. Itu dulu...