Friday 7 December 2012

Random thought


Assalamualaikum>>.. pagi sabtu yang agak harmoni selepas berjogging satu pusingan di kampus gong badak UniSZA dan 3 pusingan di court basketball..

Nothing much.. just a quick update for my blog..
Kadang kala saya terfikir;

#Kenapa disebabkan perbezaan parti, kita mempersoalkan isu kemanusiaan.. Kenapa? if awak parti PAS awak x boleh pergi GAZA ke membantu? kenapa orang dalam parti UMNO perlu mempersoal? dan kalau awak parti UMNO awak xble ke GAZA ke? kenapa orang dalam parti PAS perlu mempersoal?... ini bukan isu parti.. ini isu kemanusiaan... saya sangat sedeh.. dan betul2 sedeh... doa saya ISLAM ini akan terus bersatu... ini bukan hanya doa saya.. tp doa ramai pihak.. amin....

#Kalau kita rasa kita betul, kita perlu suarakan. Just suarakan! put confident to yourself!..if terbukti awak salah, terima kesalahan dan pohon maaf jika perlu.. x rugi untuk berkongsi pendapat... #randomthought... that would increase your confident..

#Sejak akhir2 ni.. dah terlampau ramai kawan dok kutuk kes serabai.. dan dah banyak orang ckp... "Rai, apsal ex-rumate ko makin cantik ko makin x??.. Bile dah ramai sgt org ckp.. buat sy pk.. urgh!!.. selebet ni semua disebabkan praktikal.. *develop alasan*..... hahaha... Later i will improve my apperance k.. thanx kamu2 yg ambil berat.. Tp bile dah ramai tegur sy rasa nak pengsan!

#Currently otak asik PK pasal FYP, final exam dan praktikal di hospital Queen.. semoga semuanya berjalan lancar ^_^

Nur Raihanah Bt Mohd Rozaimi,
Dietitian To Be
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara.

Tuesday 6 November 2012

Bismillahirrahmanirrahim....

Saya kumpul segala kekuatan untuk mencoretkan sesuatu buat tatapan sahabat2 dan catatan diri sendiri..  Buat masa ini, segala masa yang ada dihabiskan dihospital. Saya dan rakan-rakan lain sedang menjalani praktikal klinikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Praktikal klinikal ni membuka mata saya tentang prospek sebenar kerjaya seorang dietitian.. Tugasnya bukanlah semudah yang disangka, tetapi tidaklah sesukar yang dijangka. Semuanya bermula dari hati....  Jika hati rasa ikhlas untuk melakukan sesuatu pekerjaan tersebut, sesusah mana pun pekerjaan itu pasti akan ditempuh dengan sebaik mungkin.

Alhamdulillah saya beruntung mempunyai "group member" yang sangat-sangat membantu. Perbincangan banyak membantu menyelesaikan masalah-masalah pesakit yang kami peroleh. Kalau dulu dalam kelas masing-masing dengan hal masing-masing. Bukan bermaksud tiada perbincangan, tapi kurang jika dibandingkan ketika waktu klinikal ini.

group member

"Transition" group kami dari outpatient (OPD) ke inpatient (IPD) agak mengejutkan dari segi masa operasi dan tahap kesusahan. Di OPD, kes-kes pesakit tidaklah sesusah kes-kes di IPD. Jika OPD, kami bermula di  Klinik Kesihatan Batu Rakit selama 4 minggu dan 3 minggu di Klinik Diet Hospital. Kes-kes pesakit banyak berkisar tentang pesakit yang menghidap "Diabetes", "Gestational Diabetes","Hypertension", "Hyperlipidemia", "Obesity", "Failure to Thrive" dan "Cancer"..
 Sesi kaunseling pemakanan akan dilakukan lebih kurang 45 minit hinggalah satu jam bergantung pada keadaan dan kes pesakit. Saranan-saranan pemakanan sihat dan makanan yang perlu diambil, dikawal dan dikurangkan akan diberikan setelah "ingatan diet 24 jam dilakukan"

Itu kisah di OPD, dan di OPD kebiasaanya akan habis sekitar 1-2 petang. itu pun setelah maklumat yang perlu di masukkan kedalam data hospital disiapkan melalui komputer menggunakan "HISS system". Kiranya ada masa pada waktu petang untuk membuat ulangkaji dan menyiapkan segala "nutrition care process" form.

Di IPD, lain pula ceritanya...pada waktu pagi kami akan diberikan "case study" untuk kami bincangkan bersama. Jika tiada "case study", "clinical instructor" akan berikan tugasan untuk kami bincangkan berkenaan penyakit-penyakit yang pesakit hidapi. Selepas itu akan ada perbincangan dengan clinical instructor.

Pada sebelah petangnya, kami akan diberikan satu kes sebenar yang telah dirujuk oleh doktor kepada dietitian.. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah "check HISS system". Data pesakit, diagnosis pesakit dan segala progress berkenaan dengan pesakit. Semua ini perlu dilakukan dalam 10 minit (ikut exam), tp buat masa sekarang masih ada kelonggaran disebabkan kami agak terkial-kial dengan HISS system di IPD. Agak berbeza dari OPD.

Setelah merujuk pada HISS system, person incharge with that case will present that case infront of other group members and clinical instructor. Apa diagnosis patient?, underlying disease, biochemical data, assessment dan plan. Di IPD, regime untuk segala jenis enteral product perlu diketahui. Enteral product ni lebih kurang makanan tambahan untuk cukupkan kalori. Contohnya "Prosure".

Setelah bentang kes, semua akan bersiap dengan Y-coat dan naik ke ward. Pertama kali naik ward, mengah  sebab clinical instructor jalan sangat laju dan untuk naik ward, kami xnaik lif, tp naik tangga. So bayangkan if patient kat tingkat 8 maka dengan tangga itu juga kami naik kesana. But currently tingkat 2 jer slalu. Itupun bila naik atas dah semput masa pertama kali. Tapi clinikal instructor tetap cool dan langsung x mengah!..  

Sampai dikatil patient, person incharge akan mulakan sesi kaunseling dengan mengambil tinggi dan berat patient, "dietary recall" dan kaunseling pemakanan. Jika patient kurang makan, product tambahan akan diberikan kepada patient. Cut story, lepas dah kaunseling... kami akan sesegera mungkin ke bilik perbincangan dan mengadakan sedikit perbincangan sebelum data dimasukkan kedalam HISS system.

Proses ini mengambil masa yang agak lama dn biasanya kami akan selesai jam 5.30 petang hingga 6 petang... Perjalanan ke asrama mengambil masa lebih kurang 30 minit- 1 jam jika sesak.

Begitulah sedikit sebanyak perjalanan praktikal kami. Oh ya!! InsyaAllah, kami merupakan batch pertama keluaran UniSZA dalam bidang pemakanan.. doakan yang terbaik untuk kami yer..

P/S: ingatkan diri ini sudah cukup kuat untuk melihat pesakit. Tapi bila teringat seorang "makcik" td tiba2 mengerang kesakitan, air mata terus bertakung.. namun cuba berlagak sebolehnya untuk profesional... buat itu sahaja, melihat jahitan yang besar di perut pesakit membuatkan hati meruntun sayu.. Kami tahu sakit.. moga Allah permudahkan segalanya.. Sakit itu ubat untuk dinaikkan darjah..

**Bila melihat anak yang menjaga ibu yang sakit, terdetik doa dalam diri, moga aku juga sahabat2 lain tergolong dalam insan2 mulia seperti itu, yang menjaga orang tua tatkala mereka dalam kepayahan dan kesakitan.

Rasanya itu jer kowt nak share ^_^

Ikhlas,
Raihanah Rozaimi
Dietitan to be
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara.

Monday 22 October 2012

Nota #1: Hidup sang mantan

Bismillah..alhamdulillah sudah hampir 3 thn lebih belajar di uni dan sudah 2 thn  7 bulan bergelar pemimpin mahasiswa di uni ini. Kali ini bukan ingin meleret panjang, cuma teringat kata2 ayah, dan teman baik mengenai kehidupan sang mantan.  Bila dah jadi mantan ni tentunya sedikit sebanyak hidup akan berubah dr segi rutin. Pesan ayah, bila dah mantan, jgn bz mengalahkan pemimpin yang baru. Bukan tidak perlu ambil tahu tp mereka lebih berhak atas sesuatu. Jika mereka perlukan pertolongan maka tolong, jika tidak biarkan mereka. Pesan sahabat baik, we have our time b4, let them do tugas mereka... Tentunya bukan mudah untuk kembali ke kehidupan asal kerana diri ini telah terbiasa  dengan tugas2 membantu mahasiswa/i yg memerlukan. Namun hakikat sebenar perlu diterima dan tanggungjawab hakiki ke universiti perlu dilunaskan. Walaupun begitu sy tetap akan menghulur sumbangan tenaga dan idea jika diperlukan💜. InsyaAllah..

Thursday 18 October 2012

ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^_^

Alhamdulillah, akhirnya disuntik satu kekuatan untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Anda semua pastinya pernah berhadapan dengan dilema untuk memilih bukan? ataupun rasa rendah diri disebabkan oleh pelajaran, fizikal tubuh atau kerjaya...
 Mari kita sematkan dalam diri kita untuk menjadi orang yang berfikiran positif. 
Bagaimana caranya???


susun atur kehidupan anda!

1. Jika anda rasa rendah diri dalam pelajaran, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah muhasabah diri kembali ^_^.. adakah kita diciptakan untuk kegagalan?
NO WAY!!.. setiap manusia itu mempunyai kelebihan mereka tersendiri.
Jika rakan2 anda boleh melalukan, kenapa anda tidak? Apa yang membezakan diri anda dan diri mereka ialah usaha dan iltizam. Jika anda usaha lebih.. maka keputusan akan lebih memuaskan..
..................
tp bagaimana caranya??
#1 Jangan bertangguh. Kadang2 dalam pelajaran ada perkara yang anda tidak tahu, oleh itu mohon catat dalam nota kecil dan terus cari jawapan PADA HARI ITU JUGA. jangan BERTANGGUH!

2. Anda juga pernah rasa rendah diri dengan fizikal tubuh dan kecantikan/kehenseman ^_^ orang lain?. Hmm.. Allah jadikan manusia di muka bumi ni dengan pelbagai jenis manusia. Pasti ada hikmah setiap kejadian. Kecantikan/kehenseman itu adalah bonus dan pinjaman..

tp bagaimana nak bawa diri dengan perasaan begini?
#1 Anda perlu yakin dengan diri anda. Lihat depan cermin dan katakan AKU PUNYA KEKUATAN TERSENDIRI!
#2 Sentiasa berpakaian kemas 
#3 Sentiasa lontarkan senyuman (walaupun orang xnak senyum) ^_^
#4 Sentiasa memberikan pertolongan jika ada yang memerlukan..

MAKA DENGAN INI ANDA TELAH MENCIPTA AURA ANDA YANG TERSENDIRI ^_^

Apa yang penting dalam sebuah kehidupan ialah pengurusan diri. Kita mampu menjadi apa sahaja yang kita inginkan jika kita mempunyai impian, pandai mengatur apa yang kita impikan, dan sentiasa berfikiran POSITIF!!

Jika anda percaya anda boleh, anda tetap boleh melakukan!! ^_^

Berfikiran positif,
-Raihanah Rozaimi-
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara
Dietitian To Be ^_^


Sunday 9 September 2012

Kembali ke are Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya dah terlalu lama tiada catatan untuk semua pembaca, Oh! maklum saja.. saya sudahpun menutup blog terdahulu dan buka blog yang baru untuk tatapan semua... sukar untuk menulis kembali kerana kekangan masa dan kemalasan diri sendiri.. saya mencari dan membaca banyak perkara dalam memperbaiki kehidupan... akan saya cari satu topik untuk perbincangan bersama rakan-rakan. Nantikan ya!

Thursday 19 April 2012

Setuju dengan pendapat beliau


Saya memerhati isu 'Dataran Merdeka' ini beberapa hari. Mansuh PTPTN adalah yang diangkat oleh golongan Mahasiswa. Maka semalam kita tahu, 'Perkhemahan' mereka dirosakkan oleh 'satu kumpulan lain' bahkan bila dibaca-baca dari sumber yang pelbagai di alam maya kini, ada mahasiswa hingga dibelasah.

Saya dari satu segi, saya sudah menjangka perkara sebegini akan terjadi. Saya yakin, mereka yang memilih dan merancang untuk berkhemah di dataran Merdeka turut telah menjangka perkara ini. Kerana pada saya, jika mereka tidak menjangkanya, maka mereka hanyalah sekumpulan manusia yang naif akan satu perkara yang bernama 'perjuangan'.

Saya tidak arif perihal PTPTN. Maka bukan isu itu saya nak angkat di sini. Saya tidak meminjam PTPTN. Saya kira, ada orang telah/sedang berusaha membuat kajian akan hal PTPTN ini. Tukar atau mansuh, saya rasa itu boleh diperbincangkan oleh mereka yang arif, secara ilmiah, tanpa masukkan unsur kepartian dan emosi. Benda ini benda ilmiah. Saya nampak begitu. Maka perlukan penghujahan dan pendalilan yang matang. Bukannya berlawan 'siapa yang sebenarnya asaskan PTPTN'.

Sebab itu saya sangat menyokong 'Debat Terbuka' dibudayakan di Malaysia, agar rakyat terbuka matanya melihat pihak mana yang matang dalam berhujah, dan mendirikan kebenaran, selain mendapat ilmu dari perdebatan yang dilakukan. Debat Terbuka, apatah lagi jika disiarkan secara umum, pastinya yang kerjanya memaki-maki sahaja, yang tahu selak aib orang sahaja, akan kelihatan dangkal dan tidak mendapat sokongan. Saya tidak nampak di mana kurangnya jika 'Debat Terbuka' dilaksanakan. Bahkan, minda masyarakat akan terjana untuk meneroka dan mencari maklumat demi maklumat.

Berbalik kepada PTPTN, kerana kurangnya ilmu saya akannya, maka itu sahajalah statement saya. Macam saya kata, orang tak tahu, diam dan carilah 'tahu'. Bukan bising sekali.

Berkenaan Mahasiswa. Saya berpegang bahawa demonstrasi tidak pernah salah. Bahkan harus. Kerana ada dalil bahawa Rasulullah SAW menyuruh sahabatnya berdemonstrasi dengan mengeluarkan barang dari rumah, hinggalah tuntutannya diperhatikan. Jadi, Mahasiswa, mahu berdemonstrasi, terpulang. Itu hak mereka. Hak kita semua. Pihak lain kalau mahu berdemonstrasi juga, silakan. Dan benda yang sama, kalau tukar kerajaan, tetap boleh dilaksanakan.

Demonstrasi pada saya, adalah untuk meningkatkan 'awareness'. Apatah lagi apabila hari ini kita maklum, media utama negara tidak benar-benar bebas, dan sering memberikan maklumat yang tidak adil, untuk disumbatkan kepada orang ramai. Jadi, apabila berlaku demonstrasi, masyarakat akan mula bertanya dan mencari maklumat, mengapa satu-satu kumpulan itu berdemonstrasi dan menilai. Macam sekarang, kajian terhadap PTPTN dilakukan kebanyakan rakyat sendiri, hasil dari awareness yang ditingkatkan demonstrasi kali ini.

Namun, saya tidak pernah bersetuju apabila kita berdemonstrasi dengan membawa akhlak dan sikap kita yang buruk. Demonstrasi yang bertujuan untuk 'demonstrate', yang membawa maksud "Menunjukkan", akan menjadi tumpuan masyarakat. Sekiranya saya adalah yang menggerakkan demo, antara yang saya akan tekankan adalah akhlak dan sikap, selain keabsahan tuntutan. Mengapa?

Kerana 'demonstrate=menunjukkan' ini, akan menunjukkan kepada masyarakat juga bagaimana kita yang menatang perjuangan itu. Hati masyarakat kita, yang kita tahu telah dibasuh dan dibasuh dengan sikap kurang adab dunia politik, kelunturan akhlak orang-orang politik, inginkan 'sesuatu yang lain'. Kebenaran itu nombor dua. Siapa yang 'baik', itu nombor satu. Maka masyarakat melihat dan menilai demonstrasi ini dari dua segi. Kebenaran yang dibawa, dan akhlak yang dipersembahkan kita.

Apabila kita mula menunjukkan 'sikap tidak beradab', maka 'kebenaran' yang kita bawa automatik akan tercalar. Di situ, sokongan masyarakat akan berkurang. Dan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk, maka masyarakat dengan mudah akan berkata: "Siapa suruh tempoh hari buat begini dan begitu" merujuk kepada kurang ajar kita sebelum ini.

Sebab itu, saya tidak bersetuju dengan 'batu nisan', dengan mengkalungkan 'bunga kematian' pada gambar dalam isu demonstrasi mansuh PTPTN ini. Begitu juga saya tidak pernah bersetuju dengan tindakan 'turun bendera', 'mentalkinkan', 'gantung mayat siap dikafankan' dalam kes-kes sebelum ini. Bahkan dalam kes Adam Adli, saya pernah kata bahawa itu adalah tindakan 'keanak-anakan yang sepatutnya orang tua boleh berlapang dada akannya, kerana ianya keanak-anakan'. Saya tidak nampak itu tindakan seorang pejuang. Cuma ketika itu, saya tekankan lebih kepada mereka yang sampai buat video ludah-ludah. Kerana saya nampak, orang tua yang sepatutnya perlu bijak 'melayan sikap keanak-anakan sedemikian'. Bukannya jadi anak-anak juga.

Tindakan-tindakan ini, membuatkan kebenaran yang diperjuangkan nampak cacat. Tanpa perlu media memanipulasikan itu dan ini sahaja, masyarakat sudah rasa 'semacam'. Lebih buruk apabila ianya 'disalut' dengan laungan-laungan 'Islamik'. Mengelirukan pula masyarakat yang melihat - "Begitukah Islam ajar dalam berjuang?"

Pada saya, Mahasiswa tidak patut melenting dengan teguran ini. Saya tidak nafikan hak untuk turun berdemonstrasi dan berjuang. Tetapi saya tegur ini, adalah agar ianya dapat dilaksanakan dalam keadaan tidak mencacatkan perjuangan. Ada sebab mengapa di dalam peperangan, Islam melarang tentera-tenteranya untuk memotong pokok sesuka hati, merobohkan bangunan sembarangan, menganggu mereka yang berada di dalam rumah, di dalam rumah ibadat, dan tidak membunuh orang tua, wanita dan kanak-kanak yang tidak menyertai peperangan. Ini kerana 'pandangan manusia' yang boleh menjadikannya satu fitnah. Dengan mudah, jika itu semua dilakukan, manusia boleh mencatat di dalam sejarah bahawa tentera Islam barbarik, sekaligus mencacatkan kebenaran Islam itu sendiri.

Sebab itu, kita lihat bagaimana dunia tidak mampu berkata apa, melainkan menghormati peristiwa-peristiwa besar di dalam Islam seperti Fathul Makkah oleh Rasulullah SAW dan Pembukaan Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayyubi, juga peperangan-peperangan bersejarah yang lain. Kerana ianya dilakukan dengan penuh adab dan hormat, walau dalam peperangan. Jadi, apatah lagi kita yang berdemonstrasi.

Manusia ini dia suka tengok 'orangnya' dulu sebelum 'hujahannya'. Kalau orangnya tidak baik, hujahannya tepat pun takkan mahu didengari. Kalau orangnya baik, hujahannya dangkal pun disanjungi.

Dan buruknya bila kita provok-provok, bawa sikap yang menjengkelkan, buat sesuatu yang tidak beradab, apabila kita 'diserang', 'diganggu', sukar masyarakat hendak merasa kasihan. Bahkan kita akan diperlekehkan - "Dulu kata dah tak percaya polis, buat apa minta tolong diorang?" antara ayat yang 'digemari' untuk buat para mahasiswa rasa seperti meludah ke langit dan akhirnya kena muka sendiri.

Jadi, itu untuk Mahasiswa. Saya tegur, kerana saya rasa sayang pada semangat anak muda yang seangkatan dengan saya. Rugi jika ini semua sekadar menjadi fitnah kepada perjuangan itu sendiri, kemudian mencalarkan pula wajah kebenaran yang hendak dibawa.

Dan kepada kumpulan yang pergi robohkan khemah-khemah para pendemo.

Ini negara samsengkah? Mereka berkhemah di dataran itu, ganggu andakah? Mereka pukul andakah? Mereka pergi rumah anda dan rosakkan barangan andakah?

Anda rasa anda 'pejuang'kah dengan melakukan sedemikian rupa kepada mereka ini? Apa yang saya cakap pada mahasiswa tadi, sebenarnya sama sahaja perginya kepada yang ingin 'menegur', 'memberikan pengajaran/didikan' kepada mahasiswa-mahasiswa ini.

Bukan robohkan khemah caranya. Bukan rosakkan barangan orang caranya. Tidakkah anda lihat, betapa jeleknya dan pengecutnya tindakan sedemikian? Ini hanya akan membuat orang lebih marah!

Ini negara apa ini yang boleh biarkan samseng-samseng sebegini berkeliaran? Saya dimaklumkan pula, mereka ini bukannya golongan anak muda. Tetapi lebih tua.

Ayah-ayah yang saya kasihi, begitukah caranya?
Sebagaimana saya hilang hormat kepada aksi-aksi yang tidak saya senangi yang dilakukan mahasiswa, begitulah saya hilang hormat kepada tindakan mereka yang merobohkan khemah-khemah ini dan membelasah orang sesuka hati. Bahkan, jika mereka ini lebih tua, maka saya jauh lebih daripada sekadar hilang hormat. Orang tua, tetapi perangai seperti kanak-kanak!

Pada saya, saya tidak nampak peristiwa-peristiwa yang berlaku di Malaysia ini patut ditangani dengan sedemikian rupa. Tidakkah kita sedar tindakan kita 'dilihat' dan 'diperhatikan'? Masyarakat melihat. Menilai.

Para samseng, anda ingin mendalulatkan kerajaan yang sekarang, terpulang. Silakan. Tetapi dengan cara yang terhormat. Bukan dengan sesamseng ini!

Bukankah ini telah mencalarkan imej orang yang anda pertahankan? Anda ada lesen apa nak roboh-robohkan khemah orang, belasah orang dan sebagainya? Polis pun tidak tangkap dan berkas mereka ini, walau saya yakin pihak polis berkemampuan. Polis pun, saya kira, belajar dari peristiwa-peristiwa sebelum ini.

Tetapi tindakan samseng-samseng ini sekadar mencalarkan nama pihak yang ingin dipertahankan.

Bukan begini caranya. Apa salahnya gunakan cara yang terhormat? Kumpul sesiapa yang rasa tidak puas hati, tidak senang dengan demonstrasi ini, dan buat perjumpaan terang-terangan, gunakan ayat-ayat yang baik dan sikap yang matang. Kalau Mahasiswa membalas dengan kalimah-kalimah yang kesat, buat lagi provokasi, maka bukankah yang menang adalah yang lebih berakhlak? Macam saya kata, masyarakat melihat dan menilai.

Jadi saya kira, itu sahaja pandangan saya.
Pada saya, ini 'pertandingan persembahan' selain 'perjuangan menegakkan kebenaran'. Mereka yang keluar 'berjuang', walau atas dasar apa sekalipun, suka saya ingatkan bahawa, kami masyarakat luar melihat.

Ya, saya menulis ini di atas kerusi, di hadapan komputer, di dalam bilik rumah, jauh di Jordan sana. Jangan lempar pada saya 'Alah, turun demo malas, komen pandai'. Itu sekadar menunjukkan ketidak matangan anda dalam menilai idea yang saya lontarkan. Begitu juga jika pihak satu lagi hendak berkata 'Kau membesar kat negara Malaysia ni, takkan sokong pendemo kut?'. Jangan, jangan lempar begitu pada saya. Itu tidak matang.

Sekiranya kita lihat dengan matang,
apa yang saya coretkan ini bukan untuk melemahkan.
Tetapi untuk difikirkan, digunakan untuk 'menguatkan'.
Saya nak kata di sini, ini bukan sahaja 'perjuangan menegakkan kebenaran' baik yang dirasakan 'kebenaran' oleh pihak pendemo, mahupun 'kebenaran' pada pihak yang tidak senang dengan apa yang diperjuangkan pendemo.

Tetapi ini juga adalah perjuangan 'menawan hati masyarakat' yang menilai dan melihat. Jangan sampai nama perjuangan ini tercalar. Jadi saya kira, pihak mana yang suka hendak melihat perjuangannya naik, dia akan tukar strategi mereka, perkemaskan lagi apa yang perlu diperkemaskan.

Anda bukan sesiapa,
tanpa sokongan majoriti masyarakat negara kita.
---------------------------------------------

Semoga boleh ditimbang-timbangkan.

Antara ciri perjuangan adalah,
ia memakan masa yang panjang.
Sebelum kita, telah berlalu pejuang-pejuang yang lain,
telah banyak waktu dan tenaga diperahkan,
maka jangan pula kerja kita 'sekadar merobohkan'.

Itu namanya berlari dalam bulatan.
Ini pergi kepada mana-mana pihak, yang menyatakan dirinya sedang berada dalam 'perjuangan'.

Friday 13 January 2012

Mahasiswa Perlu Lebih Pandai Menilai.

Hari ini jika dilihat pergerakan mahasiswa itu, seakan-akan seimbang. Ada yang memilih jalan untuk menjadi pemerhati, ada yang menjadi aktivis dan ada yang memilih jalan yang selamat. Namun akar umbi dalam setiap perjuangan adalah sama untuk memartabatkan hak dan peranan mahasiswa itu sendiri. Perkara yang membezakan ialah kaedah pelaksaan dan "Point Of  View" mahasiswa itu sendiri.

Ketidaksamaan pendapat adalah normal bagi sesuatu perkara. Namun dalam ketidaksamaan itu perlu ada perasaan hormat menghormati dengan pandangan orang lain agar nilai-nilai murni yang dibangga-banggakan atas dasar orang timur terus terpelihara. Mahasiswa kini "dihentak" dengan pelbagai persoalan dan pendapat yang pelbagai dari segenap segi dan juga dari pemimpin-pemimpin luar samada dari pihak yang menyokong kerajaan dan juga dari pembangkang. Bagi mereka yang tidak mengetahui sesuatu dasar atau tidak punya pegangan yang tetap mereka sering terikut-ikut dengan pergerakan yang ekstrimis oleh mahasiswa yang agak keterlaluan.

Media elektronik seperti facebook, twitter dan juga youtube menyumbang maklumat yang pantas kepada setiap individu yang bergelar mahasiswa. Untuk mengetahui sesuatu perkara yang sedang berlaku di dalam negara mahupun diluar negara bukanlah suatu yang mustahil apabila teknologi tanpa sempadan ini digunakan untuk segala ruang lingkup kehidupan. Namun apa yang menjadikan perbezaan setiap individu ialah jati diri dan pegangan hidup mereka. Tidak dinafikan peranan mahasiswa sememangnya penting dalam mencorak masa hadapan negara kerana mahasiswa ialah benih-benih muda dimana idea-idea yang dibentangkan ialah idea-idea baru yang mampu merubah pentadbiran negara ke arah yang lebih matang dan mapan. Namun, sebelum perkara-perkara seperti ini dicapai, mahasiswa perlu membuktikan bahawa peluang yang diberikan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading tidak disia-siakan begitu sahaja. Mahasiswa sering menjulang hak kemahasiswaan namun dalam masa yang sama, hak ibu bapa untuk melihat kejayaan anak mereka dan juga hak pemberi pinjaman pelajaran perlulah ditunaikan. 

Hal ini tidak bermaksud untuk menyempitkan fikiran mahasiswa hanya kearah akademik, namun perkembangan akademik dan nilai tambah lain seperti aktif dalam kepimpinan, sukan dan seni budaya itu perlulah selari. Untuk mencapai sesuatu perkara yang diinginkan tidak semestinya dengan cara yang ekstrem. Meja rundingan sentiasa terbuka untuk sebarang masalah. Sesetengah mahasiswa sedar birokrasi menghalang mereka daripada bersuara. Namun banyak cara dan jalan lain yang mampu mahasiswa ikuti untuk menyampaikan suara mereka. Apa yang menjadi kebimbangan kini ialah hilangnya rasa hormat menghormati dalam kalangan mahasiswa itu sendiri disebabkan berbeza ideologi dan pandangan. Lebih teruk lagi sesetengah mahasiswa hanya mampu bersuara di laman-laman sesawang namun hakikatnya menjadi seorang yang pengecut apabila berada dihadapan ramai. Malaysia sudah tentunya tidak mahu melahirkan mahasiswa seperti ini yang bakal merugikan negara kita.

Tuntasnya mahasiswa perlu sedar, setiap sesuatu perkara yang dilakukan akan mencerminkan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Jangan terlalu mengikut perasaan dan berfikirlah secara rasional sebelum melakukan sesuatu perkara. Bagi mahasiswa yang baru berjinak-jinak ingin menceburkan diri dalam sesuatu perkara baru, fahami dan telusuri dahulu sesuatu dasar yang ingin mereka ikuti. Tidak salah untuk berjuang dengan ilmu tetapi jangan berjuang hanya dengan mengikuti kata orang lain. Sesungguhnya mahasiswa penggerak masa hadapan Malaysia. Oleh itu mahasiswa hari ini perlu sedar dengan perkara yang berlaku disekeliling kita agar kita tidak menjadi seperti lalang, ditiup angin ke kanan, ke kananlah kita, ditiup angin ke kiri, ke kirilah kita. Biarlah mahasiswa hari ini lebih pandai menilai sesuatu perkara agar lebih dihormati dan berguna kepada masyarakat setempat.

Dari Meja,
Nur Raihanah Binti Mohd Rozaimi,
Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Pelajar 
Universiti Sultan Zainal Abidin. 


Unexpected Gift from Allah

How should i start this story? Actually i never thought to have a baby right after getting married. I just go with the flow~.. Itu dulu...