Thursday 4 July 2013

Corat Coret Program Anugerah Dekan 2013

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, tamat sudah pengajian selama 4 tahun di bumi Terengganu, di Kampus Kota, Universiti Sultan Zainal Abidin. Tempat yang banyak mengajar erti hidup, susah senang dan macam-macam lagi..
Buat rakan-rakan seangkatan perubatan “final year”.. teruskan berjuang.. kami dari warga dietetik minta diri dulu ^__^..

Sebenarnya saya terpanggil untuk menulis sesuatu berkenaan Program Anugerah Dekan yang baru sahaja dilaksanakan beberapa minggu sudah. Tahniah buat para penganjur yang berjaya melaksanakan program tersebut ^__^.  Yerp! Bukan mudah untuk melakukan sesuatu program dan memuaskan hati semua pihak.

Namun, terdapat beberapa penambahbaikan yang saya dan rakan-rakan lain rasa perlu dititikberatkan semasa program ini dijalankan. Seperti mana yang kita ketahui, program anugerah dekan ini merupakan program tahunan sebahagian fakulti di UniSZA. Sudah tentunya untuk meraikan mereka yang cemerlang di bidang akademik sepanjang semester. Namun, pada program kali ini nampak agak “longgar” dari segi sistem penyerahan sijil dekan itu sendiri. Sijil tidak mempunyai nama dan cop tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
Mungkin ia nampak satu perkara remeh bagi sesetengah pihak, namun bagi pelajar-pelajar tahun akhir yang terpaksa bersusah payah “poskan” sijil kembali untuk diuruskan.. ia satu kekangan dan menampakkan kelemahan dalam sistem pengurusan majlis. Sebelum majlis berlangsung, seharusnya perkara ini yang perlu dititikberatkan.

Selain itu, penglibatan dari pihak pensyarah tidaklah semeriah seperti tahun-tahun sudah. Anugerah- anugerah yang diberikan juga seakan berkurangan seperti tahun-tahun sudah. Jika dulu, terdapat beberapa orang pensyarah yang sanggup menyumbangkan lagu dan memberikan sedikit sebanyak pengalaman..., pada kali ini kurang dari aspek-aspek tersebut. Sebagai cadangan penambahbaikan, mungkin untuk program yang akan datang, boleh “approach” pensyarah-pensyarah yang berpotensi untuk menyumbang sesuatu kepada pelajar agar dipihak pensyarah juga terhibur di malam anugerah penghargaan seperti ini.

Bagi pelajar tahun akhir, program seperti ini merupakan program terakhir penglibatan kami secara besar-besaran. Namun, memori yang ditinggalkan tidaklah semanis seperti yang diinginkan. Selama tiga tahun berturut-turut Program Anugerah Dekan ini dilaksanakan oleh 3 zaman “pemerintahan” Persatuan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, ucapan tahniah dan selamat maju jaya setidak-tidaknya diberikan pada pelajar-pelajar tahun akhir, namun kali ini juga tidak. Tiada sepatah pun ucapan dari pihak organisasi membuatkan kami seperti begitu asing didalam fakulti sendiri.  Mungkin terlepas pandang, insyaAllah untuk tahun hadapan, jangan lupakan mereka yang telah lama berada difakulti.

Dari segi persembahan, tahniah diatas kelainan yang telah dilakukan untuk program kali ini. Meriah!, namun boleh dipelbagaikan dengan kepelbagaian etnik dan bangsa selaras dengan komuniti yang berada dalam fakulti itu sendiri. Boleh juga selitkan dan gabungkan dari beberapa kos dalam satu persembahan. Nampak lebih “unite”.

Tema dinner pada kali ini nampak menarik, iaitu “black n roses”. Tahniah juga atas tema yang dicadangkan. Namun etika pemakaian perlu ditetapkan agar tidak terlalu “terdedah” untuk saling menghormati antara satu sama lain. Mungkin boleh mengesyorkan beberapa etika pakaian sebelum majlis seperti ini dilaksanakan.

Tuntasnya, tahniah atas penganjuran tahunan Majlis Anugerah Dekan tahun 2013 pada seluruh “team” pengurusan anugerah dekan pada kali ini. Untuk penambahbaikan, perbincangan boleh diadakan dengan mantan-mantan atau mereka yang pernah terlibat dengan pengurusan majlis seperti ini. Dgn harapan, lebih banyak lagi program-program yang akan diadakan oleh PFPSK untuk menyatupadukan setiap kursus dibawah fakulti dari segenap aspek, akademik, sahsiah dan juga sukan.

Mohon ampun dan maaf jika mengguris perasaan mereka yang terlibat. Namun untuk penambahbaikan  dimasa akan datang teguran harus dilakukan untuk kebaikan bersama. Teruskan menghormati antara satu sama lain, kerana itulah budaya yang kita bawa dari dulu hingga kini.  

Sayang Kampus Kota Selalu, Sayang UniSZA

No comments:

Post a Comment

Unexpected Gift from Allah

How should i start this story? Actually i never thought to have a baby right after getting married. I just go with the flow~.. Itu dulu...