Thursday 21 November 2013

Sentence To Death..

Assalamualaikum...

Orang selalu senang mengungkapkan "ajal dan maut, Allah dah tentukan". Sebagai seorang Islam, kita percaya mati itu pasti. Tapi pernah x terfikir macammana cara kematian kita yang Allah tentukan?? Ambik masa fikir sejenak. Satu lagi, pernah x terfikir, dlm hidup kita yang serba selesa ni, dikelilingi orang yang kita sayang, tiba-tiba Allah tarik orang itu untuk kembali kesisi- Nya?. Seram kan bila fikir. Takut pun ada. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran.

1) Macammana cara Allah tetapkan aku mati? = Selalu panjatkan doa pada Allah untuk pergi dalam keadaan yang baik, bukanlah accident remuk, menjadi  mangsa kekejaman atau pelbagai lagi. Nauzubillah. Mohon dijauhkan dari semua perkara buruk. Moga kita pergi disamping orang-orang yang kita sayang dengan keadaan yang penuh tenang.

Kadang-kadang hati ni rasa insaf sangat, bila lihat kematian. Baru-baru ini, kita digemparkan dengan pemergian Ammar. Beliau seorang pejuang di jalan Allah. Setiap kali terlihat gambar Ammar ni, hati saya jadi sebak walhal saya tidak pernah mengenali beliau semasa hayatnya. Saya sangat kagum dengan jihadnya. 



Banyak kali saya lontarkan soalan pada diri sendiri, insan semuda 20 tahun ini terlalu banyak berjuang untuk agama nya. Namun selama 23 tahun hidup ini, apalah sangat bakti diri ini pada agama. Kita sering katakan yangkita sayangkan agama kita, namun bagaimana cara kita buktikan. Moga setiap amalan kita, perkara pertama yang kita letak ialah Allah.

Kadang-kadang bila berkata memang senang. Bila menasihati nampak diri seolah-olah berilmu, nampak kuat. Namun sejauh mana nasihat dan kata-kata yang kita sampaikan pada orang lain, kita teladani dalam hidup kita seharian?. Memang susah untuk berubah. Tapi bangunlah dari tidur dan katakan pada diri, semoga diri ini lebih baik dari semalam. Dan jangan hanya berkata-kata, tapi usahalah.

Bila teringat Ammar ni, terasa "adik" ni dimuliakan di bumi asing, senegara islam. Ya Allah, terketuk hati ini, andai hilangnya Nur Raihanah ini dari muka bumi, adakah amalan-amalannya yang menjadi panduan dan contoh pada orang lain? Risau, amalan yang secetek ini untuk dibentangkan pada pencipta. Kadang hati kita insaf seketika dan mula melakukan perkara yang dilarangnya selepas hilang rasa insaf. Maka marilah sama-sama berdoa agar hati-hati kita ditetapkan agar menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ke hari.


Mungkin malam semalam, digemparkan dengan pemergian Ammar, namun hari ini satu lagi berita pemergian hamba Allah. Saya juga tidak mengenali arwah tapi pemergiannya buat saya terasa dicarik-carik hati ini. Perkenalan dengan anak arwah xsampai sebulan. Anak arwah sgt baik. Lemah lembut orangnya. saya dah anggap dirinya sebagai adik. Kami hanya kenalan ditempat kerja. Anak arwah kerja "part-time" di cold storage berhadapan dengan tempat kerja saya. Hari ini sepatutnya saya berjanji untuk "spent-time" sedikit masa dengan anak arwah, kerana hari ini sepatutnya hari terakhir dia bekerja sebelum menyambung pengajian akaun di UITM. Allah lebih menyayangi ayahnya. Terfikir saya, berjauhan dengan keluarga, hanya doa yang mampu dipanjatkan semoga Allah jaga kedua orang permata yang paling bernilai dalam hidup. Kadang-kadang hati ni ego nak katakan, namun semua tahu keluargalah "prirority" dalam kehidupan.

Ya Allah, kau jagalah ibu bapaku dari segala bala bencana dan kesakitan. Lindungilah adik beradik ku semoga mereka sentiasa di jalan yang benar.

Mari kita sama-sama refleksi diri kita balik. Perbetulkan mana yang silap. InsyaAllah Allah sentiasa bagi petunjuk

Luah Hati,
Raihanah Rozaimi,
Dietitian To be" dan  berusaha utk jadi pejuang Islam


No comments:

Post a Comment

Unexpected Gift from Allah

How should i start this story? Actually i never thought to have a baby right after getting married. I just go with the flow~.. Itu dulu...