Tuesday 17 December 2013

OPS!! Nasi atau Roti??

Assalamualaikum dan selamat pagi. Jam menunjukkan pukul 1:09 pagi..

Malam ni cik rai nak kongsi cerita tentang pelanggan di tempat cik rai keje. Perempuan dan bentuk badan memang x dapat dipisahkan. Semua nak bentuk badan yang menarik. Tadi ade pelanggan cik rai ni, die nak produk untuk "losing weight". Sebagai 'nutritionist' di outlet tu, cik rai x la terus bagi produk, cik rai tanya macam-macam soalan utk tahu situasi pelanggan yang sebenar.

Selepas lebih kurang 5 minit cik rai tanya-tanya pelanggan ni, ternyata "Ms.A" ni dah salah faham dengan diet.  Masa ni la cik rai nak aplikasi ilmu-ilmu dietetik ^__^.. Pelanggan ni beri tahu yang die mmg xmakan nasi but ambik roti. Cik rai pon tanya la berapa banyak roti dier ambik, dan dier beritahu dalam 5-6 keping sekali.


Fuh!!, dan die juga xmakan sarapan dan tgh hari. Dalam hati cik rai, sampai bila boleh bertahan kan?


So cik rai pon betulkan salah faham die berkenaan "diet". Sebenarnya pengambilan nasi tidak pernah salah walaupun ramai yang takut nak ambik nasi^^..

Sebenarnya, kalori yang terkandung dalam satu keping roti, sama dengan kalori satu senduk nasi yang tidak membumbung. Lagi sedap makan nasi kan?? **saya orang melayu**



                                   satu keping roti


ni gambar senduk nasi je. hehe, bayangkan ambik nasi, tapi bukan membumbung tapi rata.


Kalori lebih kurang 75 kalori untuk satu senduk nasi yang x membumbung dan satu keping roti. Lepas tu, cik rai betulkan juga pemikiran pelanggan ni berkenaan sarapan pagi. Sarapan pagi sangat 1000000000XXXX penting kerana bertindak sebagai pelincir untuk hari tersebut. Untuk makan tengahari cik rai cadangkan pelanggan tersebut untuk makan secara seimbang.






Bahagikan pinggan kepada 4 bahagian; 1/4 untuk nasi, 1/4 untuk sumber protein seperti ikan/ayam/sotong dan 2/4 untuk sayur. Apa fungsi sayur ni?? hehe itu mungkin akan cik rai kongsi pada post akan datang. ^^


Dengan cara makan seperti ini, kita dapat mengawal kalori yang kita ambil dan amalkan makan secara sihat.

Selamat mencuba ^__^

Regards,
Raihanah Rozaimi
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara
Dietitian Malaysia^^

Unexpected Gift from Allah

How should i start this story? Actually i never thought to have a baby right after getting married. I just go with the flow~.. Itu dulu...