Saturday 12 October 2013

Dunia Seni dan Orang Pelik??

Salam subuh pagi 13/10/2013.. macam biase lah, hati menjerit-jerit nak menulis tp ditunda berhari-hari..berminggu-minggu.. berbulan-bulan... Tapi kali ni sangat terpanggil untuk menulis sesuatu. Menulis untuk mengingatkan diri sendiri supaya berpijak ke bumi yang nyata. Dunia sekarang memang macam-macam media sosial kan.. so usually, masing-masing "confirm" ade facebook, instagram, twitter dan macam-macam lagi. 

Back to heading asal.. dunia seni dan bakat ni memang sangat seronok untuk ditonton. Saya merupakan peminat tegar drama-drama melayu, filem-filem melayu selain dari drama-drama korea. Hehe..^_^.. So mostly peminat akan "follow" artis dari media sosial seperti ini kan!!.. Tapi biar lah "follow" berpada-pada, kita bukan kat korea, setiap pergerakan, gerak geri mereka semua nak di"update". Banyak lagi kerja yang diri sendiri tu harus lakukan..

Terkilan sebenarnya, cukup terkilan... sebab baru-baru ini pernah ber"twit" dengan seorang yang sangat dikenali di Malaysia dan sangat dihormati kebanyakan orang. Saya juga menghormati beliau sebagai salah seorang idola dalam dunia seni dan bakat. Tp bukan bidang lakonan atau nyanyian, sebab seni dan bakat ni pelbagai. Macam biase la, kadang-kadang sebagai peminat kita rasa teringin untuk "bersapa" dengan orang yang kita hormati kan.

Lalu pada suatu hari, maka "gatal" tangan twit dengan beliau, bertanyakan soal anak. Sebab saya menghormati dan mengagumi bakat beliau, bukan kehidupan peribadi beliau. Setahu saya, anak beliau memang sudah besar dan saya xtahu lebih dari itu. Out of sudden, dalam salah satu media sosial ni banyak gambar budak dan caption "anak".. Saya terus tanya, yang slalu post tu anak siapa?.. Mungkin saya je rasa beliau agak kurang senang dengan soalan tersebut hingga balas, "BAca la Caption. Kan dah letak anak"... Dengan nada maaf, sy ckp relax2, macam marah..terkejut saya.. dan "wish" take care. N suddenly die balas "Minda kena lebih laju dari mulut".

Terdiam. sangat-sangat terdiam. Lalu saya tanyakan pada hampir 10 org kenalan rapat dan famili. Salah ke soalan yang saya tanyakan? Agak kurang hajar ke soalan yang sy lontarkan? Sebab saye peminat yang hanya minat hasil kerja bukan cara hidup atau latar belakang orang tersebut. Dan kebanyakan mereka mengatakan tidak salah dan tiada unsur "kurang ajar" dalam soalan yang sy lontarkan. Dan slh seorg dr mereka nasihat sy, mungkin die rasa soalan itu sensitif, dah dia kata anak kecik die, means anak die, walaupun tahu yang die tak de anak kecil. Bila saya tanyakan soalan ini pada rakan-rakan yang berada dan MINAT dalam industri seni dan bakat ni, rupenye ramai yang tahu beliau ade "anak" ni. 

Mungkin saya x alert kehidupan beliau. Maaf. Itu saja boleh saya katakan.. Dan kata-kata beliau minda kena laju dari mulut, sy rasa agak kurang sopan. Terasa terkilan, kerana mmg dibesarkan dalam suasa yang berfikir dulu sebelum berkata-kata. Dan betul la kata seorang ustaz ni, kalau kita ni agungkan manusia, manusia khilaf.. dan kita kecewa.. Tapi xdela tahap agungkan. But i give my full respect.. but now, no more...

Terima kasih, kerana buat diri ini kembali muhasabah diri, mungkin saya silap.. mungkin saya banyak alpa dalam kehidupan, mungkin tali kebergantungan pada PENCIPTA sedikit longgar baru-baru ini. Terima kasih kerana ini, sy kembali berfikir banyak perkara. Kerana setiap yang menjatuhkan kita, sebenarnya ialah penggerak untuk kita ke arah lebih baik. Still and always POSITIVE..

ikhlas,
RaihanahRozaimi.

Unexpected Gift from Allah

How should i start this story? Actually i never thought to have a baby right after getting married. I just go with the flow~.. Itu dulu...