Saturday 27 July 2013

Membanting tulang baru seminggu (^_^)

Assalamualaikum readers ...

Macam yang cik rai janjikan pada post sebelum ni, cik rai nak share pengalamn cik rai kerja selama seminggu lebih kat GNC ni. Ingat x cik rai kata cik rai pergi "interview" dengan selamber???. Dalam "interview" tu, cik rai diajukan soalan; What is your biggest concern when you start working?. Cik rai kata la tempat. Sebab malas la kan nak keje jauh-jauh. Lagipun KL kan sesak.

Makanya, GNC ni pown bagi la cik rai keje kat Great Eastern Mall. 6-10 minit jer kalau bawa motor dari rumah. HAHAHA!.. Ok lah kan ^_^.

Waktu hari  pertama cik rai masuk keje, dan ramai pulak pelanggan yang datang, cik rai jadi kecut perut sebab xtahu nak cakap ape. Cik rai masuk keje jam 10 tapi 9.30 pagi cik rai dah tercongok depan GNC tu. Cik rai disapa oleh supervisor cik rai, Miss Vijaya. Dia suruh cik rai lap SEMUA produk dalam GNC tu. Mungkin cik rai ni jenis yang xkesah kot dan selalu positif dalam kerja (POYO!!) cik rai pun lap la produk-produk tu. Dalam hati cik rai xpela la lap2 produk ni, dalam masa yang sama dapat tahu produk ape n biasakan diri dengan produk.

Bila supervisor cik rai tanya awak ok x?, cik rai kata la ok (nak ke ckp x ok??, mau die buang keje tros! hahaha)...cik rai ckp la xpe, sy blh kenal2 produk. Supervisor cik rai diam. Bila cik rai dah lap habis semua produk, supervisor tu bagitau cik rai. First impression die kat cik rai sangat baik. First, cik rai datang awal, Second, cik rai xbersungut lap produk, sebab sebelum ni die bagi tau, ade trainee yang datang xnak lap sebab die kata saya ade ijazah kowt buat ape saya nak buat "housekeeping". HUHUHU..sengal kan minah tu..

Keje kat sini buat hanya kene tau pasal produk, dalam masa yang sama kena buat kerja2 yang melibatkan management. Sistem komputer, stock, customer service dan macam-macam lagi. Selalunya bila customer datang, cik rai macam nak menyorok kat belakang, koz mana ade ilmu kowt!.. tp cik rai buat-buat berani je, dgr macammana supervisor dan senior2 nutritionist lain handle customer. Bila telefon berbunyi pon cik rai rasa nak lari, sebab bila telefon berbunyi, kena cakap bahasa standard;

GNC GREAT EASTERN MALL,
RAIHANAH SPEAKING,
HOW MAY I HELP YOU??

padahal nak kene ckp macam tu jer.. tp tahan cuak cik rai sangat tinggi, sampai berdoa jgnla telefon tu berbunyi kalau cik rai ade kat area tu ==". Ade sorang senior nutritionist ni suke push cik rai layan customer.. mau tunggang tebalik cik rai cakap ngan customer tu.. sebab 

1)bukan xreti speaking, tp xreti nak explain ape.. cik rai sendiri pown xtau mende ape yang die minta.
2)cikrai mmg jenis xkonfiden kalau xde preparation.

Lepas tu cik rai pown dok pikiaq, sampai bila nak camni kan.. terasa bodoh sungguh, cik rai pown ambik la effort belajar few TOP product. Dalam masa yang sama, cik rai ade induksi dengan supervisor, maksudnya dia akan ade masa simple training dengan cik rai.

Bila dah habis induksi minggu pertama, cik rai beranikan diri tanya ape yang die nampak kat cik rai selama seminggu ni??.. Komen die, saya dengar english awak ni bagus compare dengan pekerja2 sebelum ni, tapi masalahnye awak xnak buka MULUT!.. hambek! kene sebijik

Dalam hati cik rai.. ini semua propa, bile masa plak ok? cik rai ckp tunggang langgang je.. ni mesti kes nak sedapkan hati dulu before nak kutuk.. well psychology kan... cik rai akui mmg susah nak buka mulut koz cik rai masih dalam fasa nak kenal product2 tu..

I did take effort belajar cepat pasal produk dan fungsi dan kesesuaian pada customer.. InsyaAllah still learning!

Itu jela kowt.. moral of the story:

1)First impression sangat penting dalam buat ape-ape pow kerja. Cik rai blaja dari kesilapan. Dulu waktu cik rai praktikal, first impression x berapa baik, tp at the end diorg sayang gak ^_^
2) Always positif dengan ape yang kita buat, sebab setiap sesuatu tu ade pembelajaran tersendiri dalam kehidupan
3) Be open minded bila terima teguran. Memang la sakit hati, tp setiap kali ditegur cuba amalkan prinsip; Masih ade orang yang sayang aq, sanggup tegur for improvement ^_^

Dietitian To Be,
Nur Raihanah Mohd Rozami,
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara.

Thursday 25 July 2013

Pengalaman mencari kerja (^_^)

Assalamualaikum semua..(^_^)

Sihat tak?.. cik rai harap semua sihat.. macammana dengan puasa? Hopefully semua masih bersemangat dan bertenaga dalam menjalankan ibadah yang dituntut ni.. Macam ustazah plak kan =='

Oklah, sebenarnya cik rai nak kongsi pengalaman cik rai bekerja. Tapi sebelum tu, baik cik rai cerita kronologi mencari kerja ni. Ceritanya bermula begini;

Pada suatu hari... eh! xdela.. poyo je,, sebenarnya cik rai sangat malas nak bekerja, tapi sebelum peperiksaan terakhir dan viva, kawan-kawan kelas cik rai semua dah buka langkah!!.. hantar resume kat hospital-hospital, pergi "interview" sana sini untuk kerja. Jadinya cik rai ade la sedikit cuak, sebabnya cik rai ni jenis yang selambe x hantar ape-apepon kat mana-mana tempat. Sebab "aim" cik rai sebenarnya kat benda lain, namun sampai sekarang Allah masih x izinkan.. tapi tu kisah lain .. abaikan..

Lepas VIVA, cik rai pon balik la KL, dan "settle" kan beberapa perkara dalam kehidupan. Keluar dengan kawan-kawan. Sebenarnya dalam hati cik rai memang dah "aim" kononnya nak kerja kat GNC sebagai nutritionist, sebab DIETITIAN kat Hospital Queen Elizabeth, dulu pon keje kat GNC dan cik rai agak "impress" dengan pengetahuan die tentang macam-macam jenis "supplement" dan cara dier "speaking".

Nak dijadikan dan dipendekkan cerita, waktu cik rai pergi lepak-lepak dengan kawan-kawan kat wangsa walk, cik rai nampak GNC dan terus "apply" kerja. Resume cik rai hantar melalui emel. Tup-tup esok pihak Human Resource(HR) GNC panggil interview. Makanya cik rai pon pergilah interview.

Dalam hati cik rai, xpe cuba nasib je. Cik rai pergi interview dengan sangat selamber, ala-ala macam borak dengan kawan lama dengan panel penemuduga.. Tips yang penting muka kena konfiden, speak like professional ^_^ (padahal cik rai bantai jer). Pihak HR kata awak tunggu lagi seminggu untuk dapat jawapan. Sekiranya kami xpanggil balik ertinya awak xdpt.

So, cik rai pown bajet la tunggu seminggu. TIBA-TIBA!!!!
selang 4 hari cik rai dapat kol cakap GNC nak lantik cik rai jadi NUTRITIONIST!.. mau tekejut la jugak kan.. rezeki bulan ramadhan mungkin...


 Secara rasminya, cik rai dah pon seminggu sehari kerja kat GNC ni. GNC ni bagi yang xtahu merupakan kedai menjual supplemen dan produk-produk makanan sukan untuk menambahkan tenaga dan bermacam-macam lagi. Mungkin bagi sesetengah orang yang pandang sebelah mata, mereka mungkin mengganggap kerja ni macam promoter. Cik rai x salahkan mereka, sebab dulu pon cik rai ingat macam tu. Tapi bila dah masuk dalam arena ni, cik rai tahu memang gelaran nutritionist tu sangat susah dipikul sebabnya, setiap customer ade kehendak nutrisi yang berbeza. Dan kalau xde basic ilmu pemakanan, memang susah untuk faham kehendak mereka.

Nak tahu ape yang menakutkan cik rai selama seminggu bekerja dan setakat ni ape pengalaman yang cik rai xdapat lupe??.. Post akan datang cik rai akan terangkan ok.. sabar-sabar. Tapi "moral of story" setakat kehidupan sekarang ni, cik rai nampak ade 3.

1) Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk diri kita, walaupun kita xsuka pada awalnya.
2) Jangan pernah berhenti berusaha jika anda inginkan sesuatu.
3) Kadang-kadang kita perlu membahagiakan orang-orang yang banyak membantu kita dengan kejayaan kita, walaupun kadang-kadang hati kita yang merana. Ewah!.. Alhamdulillah pensyarah-pensyarah, rakan-rakan terdekat dan paling penting ibu bapa sangat gembira dengan pekerjaan saya yang sementara ini. Melihat mereka bangga sudah cukup buat hati saya tersenyum (^_^)..

Dietitian To Be,
Nur Raihanah Mohd Rozami,
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara.


Sunday 14 July 2013

Hidup Jangan Bertangguh^__^...

Salam Ramadhan ke 6..
Eh! dah puasa hampir seminggu rupenyer kan!
Cepat sangat masa berlalu... dan memang hidup ni jangan biasakan bertangguh!
Selalu sangat cik rai ckp hidup jangan bertangguh.. koz kadang-kadang cik rai mmg ade masalah ni.. rasa nak cubit-cubit diri sendiri kadang-kadang. =='

Sebenarnya sekarang cik rai dalam fasa "transition" dari alam kemahasiswaan ke alam pekerjaan..
Kadang-kadang cik rai rasa umur cik rai baru 13.. tapi rupa-rupanya, cik rai dah besar, dah 23 TAHUN!!..
Hari-hari memang cik rai rasa nak "update" blog.. tp tu la.. cik rai kaki tangguh.. payah sangat nk menulis, walaupun xdela sibuk sangat kehidupan..
Dari nk "update" pasal birthday cik rai yang ke 23, sampai perjalanan merantau ke singapore, exam dan VIVA sebagai pelajar ijazah sarjana muda dietetik, artikel-artikel berkenaan perjuangan islam dan kemahasiswaan, dan banyak lagi..

Tapi semua terkubur dek kemalasan cik rai ni!
InsyaAllah.. moga lepas ni dikuatkn semangat untuk terus menulis untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman hidup dan ilmu-ilmu yang Allah pinjamkn sekejap ni.
Doakan cik rai yer ^___^

Dietitian To Be,
Nur Raihanah Mohd Rozami,
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara.


Thursday 4 July 2013

Corat Coret Program Anugerah Dekan 2013

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, tamat sudah pengajian selama 4 tahun di bumi Terengganu, di Kampus Kota, Universiti Sultan Zainal Abidin. Tempat yang banyak mengajar erti hidup, susah senang dan macam-macam lagi..
Buat rakan-rakan seangkatan perubatan “final year”.. teruskan berjuang.. kami dari warga dietetik minta diri dulu ^__^..

Sebenarnya saya terpanggil untuk menulis sesuatu berkenaan Program Anugerah Dekan yang baru sahaja dilaksanakan beberapa minggu sudah. Tahniah buat para penganjur yang berjaya melaksanakan program tersebut ^__^.  Yerp! Bukan mudah untuk melakukan sesuatu program dan memuaskan hati semua pihak.

Namun, terdapat beberapa penambahbaikan yang saya dan rakan-rakan lain rasa perlu dititikberatkan semasa program ini dijalankan. Seperti mana yang kita ketahui, program anugerah dekan ini merupakan program tahunan sebahagian fakulti di UniSZA. Sudah tentunya untuk meraikan mereka yang cemerlang di bidang akademik sepanjang semester. Namun, pada program kali ini nampak agak “longgar” dari segi sistem penyerahan sijil dekan itu sendiri. Sijil tidak mempunyai nama dan cop tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
Mungkin ia nampak satu perkara remeh bagi sesetengah pihak, namun bagi pelajar-pelajar tahun akhir yang terpaksa bersusah payah “poskan” sijil kembali untuk diuruskan.. ia satu kekangan dan menampakkan kelemahan dalam sistem pengurusan majlis. Sebelum majlis berlangsung, seharusnya perkara ini yang perlu dititikberatkan.

Selain itu, penglibatan dari pihak pensyarah tidaklah semeriah seperti tahun-tahun sudah. Anugerah- anugerah yang diberikan juga seakan berkurangan seperti tahun-tahun sudah. Jika dulu, terdapat beberapa orang pensyarah yang sanggup menyumbangkan lagu dan memberikan sedikit sebanyak pengalaman..., pada kali ini kurang dari aspek-aspek tersebut. Sebagai cadangan penambahbaikan, mungkin untuk program yang akan datang, boleh “approach” pensyarah-pensyarah yang berpotensi untuk menyumbang sesuatu kepada pelajar agar dipihak pensyarah juga terhibur di malam anugerah penghargaan seperti ini.

Bagi pelajar tahun akhir, program seperti ini merupakan program terakhir penglibatan kami secara besar-besaran. Namun, memori yang ditinggalkan tidaklah semanis seperti yang diinginkan. Selama tiga tahun berturut-turut Program Anugerah Dekan ini dilaksanakan oleh 3 zaman “pemerintahan” Persatuan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, ucapan tahniah dan selamat maju jaya setidak-tidaknya diberikan pada pelajar-pelajar tahun akhir, namun kali ini juga tidak. Tiada sepatah pun ucapan dari pihak organisasi membuatkan kami seperti begitu asing didalam fakulti sendiri.  Mungkin terlepas pandang, insyaAllah untuk tahun hadapan, jangan lupakan mereka yang telah lama berada difakulti.

Dari segi persembahan, tahniah diatas kelainan yang telah dilakukan untuk program kali ini. Meriah!, namun boleh dipelbagaikan dengan kepelbagaian etnik dan bangsa selaras dengan komuniti yang berada dalam fakulti itu sendiri. Boleh juga selitkan dan gabungkan dari beberapa kos dalam satu persembahan. Nampak lebih “unite”.

Tema dinner pada kali ini nampak menarik, iaitu “black n roses”. Tahniah juga atas tema yang dicadangkan. Namun etika pemakaian perlu ditetapkan agar tidak terlalu “terdedah” untuk saling menghormati antara satu sama lain. Mungkin boleh mengesyorkan beberapa etika pakaian sebelum majlis seperti ini dilaksanakan.

Tuntasnya, tahniah atas penganjuran tahunan Majlis Anugerah Dekan tahun 2013 pada seluruh “team” pengurusan anugerah dekan pada kali ini. Untuk penambahbaikan, perbincangan boleh diadakan dengan mantan-mantan atau mereka yang pernah terlibat dengan pengurusan majlis seperti ini. Dgn harapan, lebih banyak lagi program-program yang akan diadakan oleh PFPSK untuk menyatupadukan setiap kursus dibawah fakulti dari segenap aspek, akademik, sahsiah dan juga sukan.

Mohon ampun dan maaf jika mengguris perasaan mereka yang terlibat. Namun untuk penambahbaikan  dimasa akan datang teguran harus dilakukan untuk kebaikan bersama. Teruskan menghormati antara satu sama lain, kerana itulah budaya yang kita bawa dari dulu hingga kini.  

Sayang Kampus Kota Selalu, Sayang UniSZA

Unexpected Gift from Allah

How should i start this story? Actually i never thought to have a baby right after getting married. I just go with the flow~.. Itu dulu...