Monday 24 June 2013

Dasar Pendidikan Kebangsaan .

Assalamualaikum ^_^.. Hye!!

Lame kan xupdate blog! rindu kite ngan blog sendiri  ^_______^

Ok, let make it a bit serious.. baru-baru ni kena hantar satu permohonan untuk satu program.. n kena tulis esei.. berkenaan salah satu dasar kerajaan.. disebabkan perkataan limited.. inilah hasilnya.

Dasar merupakan kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak. Dasar dirangka untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti, mengurangkan kos pengurusan, meletakkan  asas pentadbiran negara mahupun organisasi dan banyak lagi. Pada pengamatan saya, dasar kerajaan yang paling penting ialah dasar pendidikan kebangsaan.
            Sejarah sistem pendidikan di Malaysia terbahagi kepada tiga era iaitu; sebelum kedatangan British, sewaktu pemerintahan British dan selepas pemerintahan British. Sebelum kedatangan British, pendidikan agama ditekankan. Sekolah agama awal seperti sekolah pondok di Terengganu dan Kelantan pada abad ke-18 dan Kedah, Perak serta Pulau Pinang pada penghujung abad ke-19. Selain itu, terdapat pendidikan tidak formal melalui orang yang lebih tua berkenaan kemahiran asas kehidupan serta pendidikan istana yang dipelajari oleh sultan dan para kerabat diraja .Tambahan pula terdapat pendidikan melalui penglipur lara yang menyampaikan cerita lagenda dan dongeng yang mempunyai nilai-nilai murni untuk pengajaran semua.
            Semasa kedatangan British, pendidikan kebanyakannya terpaksa dibiayai oleh orang perseorangan atau organisasi islam orang Melayu. Terdapat madrasah yang mementingkan ilmu keduniaan dan ilmu akhirat. Selain itu, sekolah pondok diteruskan dan penambahan sekolah vernakular yang mengikut pecahan kaum dibentuk. Terdapat beberapa laporan pendidikan di peringkat awal termasuk Laporan Barnes pada tahun 1949 dan Laporan Fenn-Wu pada tahun 1951 yang bertujuan untuk menyatukan semua sekolah vernakular dan menggubal sistem pendidikan sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu .Ordinan Pelajaran juga dibentuk pada tahun 1952, bertujuan menubuhkan sekolah-sekolah bercorak ‘Kebangsaan’ dan ‘Jenis Kebangsaan’
            Perkembangan dasar pendidikan selepas kemerdekaan daripada British merangkumi laporan-laporan pendidikan seperti Penyata Razak pada tahun 1956 yang bertujuan untuk mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi kaum dan Penyata Rahman Talib pada tahun 1959 yang mencadangkan pendidikan percuma kepada semua pelajar sekolah. Kedua-dua penyata tersebut menjadi asas kepada sistem pendidikan di Malaysia. Pendemokrasian pendidikan berlaku pada tahun 1996 melalui dasar pendidikan kerajaan. Antara perubahan yang dilakukan ialah menyediakan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang menjurus kurikulum bersepadu sekolah menengah. Selain itu pendidikan vokasional dan teknik diperluas serta aktiviti ko-kurikulum digalakkan.
            Pada pendapat saya, dasar pendidikan kebangsaan boleh dimantapkan dengan cara memperkukuh dan mengutamakan latihan perguruan. Peluang-peluang yang sama perlu diberikan kepada Institut Pengajian Tinggi dan Institut Perguruan di seluruh negara yang terlibat dalam bidang pendidikan. Kursus- kursus yang melibatkan pelbagai kemahiran untuk meningkatkan kualiti guru perlu diperbanyakkan dari masa ke masa. Selain tu, bantuan bagi menggalakkan kolaborasi sesama pendidik di dalam negara dan juga antarabangsa merupakan antara cara bagi mengukuhkan sistem pendidikan kebangsaan. Malaysia mempunyai ramai pakar dalam bidang pendidikan, justeru pakar-pakar ini perlu sentiasa berbincang secara berkala dan memperlihatkan hasil perbincangan mereka agar penambahbaikan boleh dilakukan.
            Selain itu, umum mengetahui bahawa terdapat  jurang pendidikan yang besar diantara penduduk bandar dan luar bandar disebabkan oleh faktor ekonomi, insfrastruktur dan keadaan geografi. Justeru, setiap anggota masyarakat yang mempunyai pelbagai kemahiran boleh memainkan peranan dengan mempertingkat ekonomi luar bandar bagi membantu sistem pendidikan mereka. Sebagai contoh satu kawasan luar bandar dijadikan sasaran untuk meningkatkan mutu pendidikan mereka dengan cara kehadiran anggota masyarakat yang mahir dalam bidang, keusahawanan, perikanan, perternakan, pendidikan dan sebagainya. Secara tidak langsung, kepentingan pendidikan ini dapat dirasai dikawasan tersebut lantas menlahirkan individu-individu yang kompetitif dan cintakan ilmu.
            Tuntasnya, sebagai salah seorang warganegara yang cintakan tanah air, kita harus sama-sama membantu pihak kerajaan khususnya bagi meningkatkan mutu pendidikan negara agar matlamat menjadikan negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 menurut acuan sendiri dapat dicapai. “Majulah pendidikan untuk negara”.

Nukilan,

Nur Raihanah Binti Mohd Rozaimi,                                                                                                        Bakal graduan,                                                                                                                               Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Unexpected Gift from Allah

How should i start this story? Actually i never thought to have a baby right after getting married. I just go with the flow~.. Itu dulu...